Me is Mine

Tuesday 18 August 2015

PREMIUM BEAUTIFUL LATEST PROMOSI





Ramai message nak mintak latest update atau latest promo #premiumbeautiful. Sila baca kat bawah

Jadi ahli je register RM50 sahaja

Beli satu set dapat cashback RM250 (include komisyen dan rebate)
masuk account walaupon korang pakai utk diri sendiri.

Beli dua set dapat cashback RM1500 (include komisyen + rebate + untung runcit) juga masuk masuk account walaupon korang pakai sendiri dan set extra belom lagi terjual.

Aaaand extra RM5000 special for those yg nak buat business mcm nora trus jadi Sales Manager! 

Banyak benar kelebihannya yg ni kena story lebih sikit.
Jadi, jangan ler segan silu 

pm nora! 0125052381

SET MARINE ESSENCE




Wajib ada dlm bilik mandi! 
Mcm bau duk dlm spa doh 

* Marine Essence body wash 
* Marine Essence Hair Shampoo 
* Marine Essence beauty bar 
* Ubat Gigi Marine Essence 

 Apa yg best bau dio sedak sungguh, gatal gatal takde, kelumumur hilang, and of course free dari bahan kimia. 

Baby pon boleh pakai taw! 

One set RM135 sahaja  ;) 

 nora 0125052381

MULTI LEVEL MARKETING / MLM TIPU????

Multilevel Marketing / MLM Tipu?

Berkesempatan berbicara dengan seorang sahabat. Hebatnya sahabat ni, dia dah pernah 'join' lebih dari 10 pelan syarikat MLM (multi-level marketing). Kenapa saya katakan beliau hebat? Sebab beliau tak pernah serik dan berhati kental. Kalau saya mungkin tak sekuat beliau kot. Pengalaman beliau menyertai belbagai syarikat MLM membuatkan beliau lebih matang dalam memahami apa sebenarnya MLM ni. Senang cerita orangnya sangat berpengalaman dlm industri ini. Persoalan yang biasa kita dgr betul ke MLM ni skim tipu, kayakan orang atas, rugi, bankrap dan sebagainya beliau kongsikan dgn saya. Berikut adalah beberapa persoalan dan tips yg dikongsikan beliau, semoga perkongsian ini dpt memberi kefahaman kepada kita semua tentang MLM. 

Apa sebenarnya masalah MLM ni? 

Ramai sangat yang anti dan merasakan MLM ni satu igauan ngeri bila dengar? MLM tidak pernah bermasalah tapi yang sebenarnya bermasalah adalah orang/manusia/makhluk yg bernyawa yang menjalankannya. Kenapa saya katakn begitu? MLM adalah salah satu kaedah pemasaran yang 'genuine'. Menggunakan sistem pemasaran bertingkat untuk meningkatkan dan mengembangkan liputan produk untuk sampai kepada 'end customers' dengan lebih mudah dan luas. Senang cerita MLM memudahkan produk utk sampai kepada pelanggan dari pelbagai lapisan dan membantu memaksimakan keuntungan menerusi sistem pemasarannya. Masalah utama yang diciptakan oleh 'makhluk yang bernyawa' dlm MLM ni adalah bila mereka memanipulasi sistem sebenar MLM untuk tujuan keuntungan peribadi. Lebih mudah difahami bila ada segelintir yang mewujudkan sistem baru utk memaksimakan keuntungan dgn cara yang mudah dan cepat tapi menggunakan MLM sebagi 'topeng' mereka. Ok agak berbelit. Kita simple kan, diorg ni cipta skim 'cepat kaya' dan declare sistem diorg ni adalah MLM. Realiti yang sebenarnya bercanggah dgn skim MLM sebenar. 

Apa 'modus operandi' mereka ni? 

Kebanyakan syarikat2 ni akan mengatakan mereka adalah MLM dan akan memohon lesen utk didaftarkan sebagai syarikat MLM. Apa yg mereka lakukan sebenarnya bercanggah dgn sistem sebenar. Mereka akan mewujudkan produk sebagai syarat untuk menutup agenda utama mereka. Realitinya produk mereka hanya sekadar 'ada' untuk kepentingan lain. Syarikat2 ini akan memulakan kempen pemasaran mereka dgn mewujudkan beberapa 'role model' yang berjaya. Mereka ini akan dijadikan proksi untuk memupuk kepercayaan org terhadap syarikat mereka. Kehebatan syarikat2 adalah kerana mereka mempunyai dana yg besar (kebanyakannya dana dari luar negara) yg digunakan utk membayar proksi dan kempen pemasaran. Lagi hebat bila watak2 atau role model yg diwujudkan ini akan diberikan kereta mewah (luar biasa mewah), wang dan akan diubah menjadi org yg hebat dlm masa yang singkat. Bila watak2 ini berjaya diwujudkan, kepercayaan org luar akan cepat tercipta. Lagi mudah bila proksi yg ciptaan ini dari golongan yg mempunyai follower seperti public figure dan sebagainya. Dengan mudah mereka boleh mencipta keuntungan berbilion hasil daripada watak dan cerita yg dicipta. 

Kenapa org mudah percaya dengan mereka? 

Simple. Dengan menggunakan kaedah melahirkn impian dan dijadikan ia satu kenyataan dlm masa yg singkat. Manusia sangat suka kepada sesuatu yang mudah dan memberikan pulangan yang besar. Senang cerita kalau ade skim yg boleh tidur hari2 dan duit masuk je hari2, maka berlumba-lumbalah umat manusia berebut untuk buat. Proksi yg diwujudkan adalah tarikan untuk menarik org lain untuk turut sama berimpian utk mencapai kejayaan yg sama. Bila wujud rasa keinginan yg kuat, mudah la mereka ni menarik mangsa2. Konsep yg sama macam mana penjebak burung gunakan untuk memikat burung.

Macam mana nak kenal mereka2 ini dan syarikat2 skim penipu yang bertopengkan MLM? 

1. Kaji syarikat mereka. Macam mana syarikat ini boleh wujud. Berapa lama syarikat ini dah wujud. Berapa ramai usahawan yg berjaya yg telah dilahirkan. Kebanyakan syarikat2 ini wujud tak sampai setahun atau kurang dari 5 tahun. Ada yg menggunakan nama syarikat antarabangsa yg sedang membuka pasaran di malaysia. Ada juga yg claim sebagai subsidiari kepada sesuatu syarikat. Kebiasaannya usahawan yang betul2 berjaya tak ramai. Kurang dari 100 org yang. Mungkin ada dlm 10 atau 20 org yg mempunyai 'sport car'. Mereka akan mengatakan kita adalah next usahawan yg berjaya yg bakal mempunyai sport car. 

2. Kaji leaders atau model2 yang berjaya. Siapa mereka sebelum ini. Berapa lama mereka melakukan perniagaan ini. Berapa lama tempoh utk berjaya? Kebiasaannya model mereka lahir kurang dari 1 tahun. Tiba2 keluar sebagai jutawan dan bawak sport car. Secara logik nya jutawan kurang dari 1 tahun agak mustahil bila syarikat yg ditubuhkan juga berusia kurang setahun. Lagi best dan kalau rajin cuba siasat total income tax yg dibayar setahun sebagai seorg jutawan. Cuba juga cek 'no pendaftaran' sportcar mereka atas nama siapa (banyak online sistem yg boleh digunakn utk semak pemilik sebenar kereta dgn hanya menggunakan no pendaftaran kereta dan ic). Kebanyakan proksi2 ini diberikan kereta utk digunakan mengaburi mata prospek. Sebenarnya kereta2 tersebut bukan hak milik mereka. Ada yang disewakan khas atau diberi pinjam dlm sesuatu tempoh. 

3. Periksa dgn SSM, KPDNKK tentang status syarikat tersebut. Apa perniagaan dan industri syarikat ini. Boleh juga panjang kan siasatan kepada jakim dan sirim utk status produk yg dikeluarkan. Kadangkala syarikat ini tidak menitikberatkan soal qualiti produk dan status produk. 

4. Fahami sistem atau pelan pemasaran mereka. Kebanyakkan syarikat2 ini tidak memberatkan usahawan utk menjual produk. Produk hanya dibeli sekali dan selebihnya lebih memfokuskan kepada networking. Jangan terkejut jika mereka sebenarnya tidak pernah tahu tentang produk dan susah utk nk explain tentang produk. Tiada latihan tentang produk secara khusus diberikan. 

5. Siasat siapa pengerusi, board of director atau founder syarikat. Berhati-hati jika mereka semua adalah org asing dan bukan dari malaysia. Jika mereka berpangkat dDatuk atau Tan Sri, cuba periksa adakah pangkat mereka tu valid. Banyak cara yg boleh digunakan untuk mengetahui kesahihan nya. 

Fakta 1: 

Percaya tak kebanyakan syarikat skim cepat kaya yg bertopengkan MLM akan wujud dan hilang dlm sekelip mata. Mereka akan wujud tak lebih dari 5 tahun dan kemudian hilang. Leaders atau pelopor syarikat akan hilang entah kemana. Ada yg ckp mereka2 ini ada lah sindiket yg beroperasi secara melopat-lompat dari satu negara ke negara yg lain. 

Fakta 2: 

Proksi2 yang diwujudkan oleh syarikat ini juga tidak bertahan lama. Kebanyakan mereka akan melalui kehidupn biasa dam mungkin lebih susah selepas syarikat2 ini hilang. Anda mungkin pernah mengenali mereka2 ini. Fuhhh memang seram bila dgr cerita tentang mereka ni. Ramai yg dh jadi mangsa dan percayalah masih banyk syarikat2 yg seumpama ini yg sedang bergerak aktif sekarang. 


Tips memilih syarikat MLM yang sebenar 

1. Kaji latar belakang syarikat. Berapa lama tempoh wujud, berapa ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, kedudukan kewangan dan status syarikat di bank negara (boleh juga cek saham syarikat di BSKL). Syarikat MLM yang kukuh selalunya boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Mereka mampu mengekal kan preatasi dan tidak pernah mengalami masalah dengan sistem pemasaran mereka. Jika sesebuah syarikat itu bermasalah, sudah pasti ia tidak akan dpt bertahan lama dan akan diaarah untuk tidak terus menjalankan perniagaan oleh kerajaan dan lesen mereka digantung. 

2. Buat pemeriksaan dgn SSM dan KPDNKK. Cari syarikat MLM yang mendapat pengiktirafan dari KPDNKK (bermaksud diiktiraf kerajaan dan menjalankan perniagaan mengikut garis panduan), lihat pencapaian dan anugerah yang pernah diterima oleh syarikat. (Penganugerahn tidak sebarangan akan diberikan jika syarikat itu tidak kukuh dan beretika). 

3. Lihat kepada produk dan pelan pemasaran. Syarikat MLM yang genuine menitikberatkan produk yang dikeluarkan. Kualiti dan keselamatan produk menjadi perkara utama mereka. Mereka akan mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM, KKM, JAKIM dan badan2 berkaitan untuk menastikan produk mereka berkualiti. Agen2 dan usahawan akan lebih memfokuskan kepada produk dan mereka mempunyai ilmu produk yang lengkap. Senang cerita mereka pakar dlm menerangkan tentang produk yang dijual. 

4. Lihat kejayaan usahawan2 mereka. Cuba lihat tempoh berniaga dan pencapaian mereka. Kaji dari mana mereka muncul dan bermula. Selalunya kejayaan mereka adalah logik dalm tempoh yang boleh diterima akal. Mereka akan meningkat naik secara berperingkat dan tidak akan terus keluar sebagai jutawan segera. Kejayaan dicipta dgn usaha berterusan bukan dgn dengan sekelip mata (magic). 

5. Kejayaan usahawan dalam syarikat MLM tidak terhad. Semua usahawan mempunyai peluang yg sama untuk mencapai pangkat tertinggi dlm sesuatu tempoh. Pemberian bonus atau komisyen adalah logik berdasarkan sales bulanan dan kumpulan. Mampu menerangkan dgn jelas bagaimana bonus dia keluarkan dan pengiraan sebenar. 


Kalau diikutkan banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup dulu untuk perkongsian kali ini. Objektif utama untuk kita semua berhati2 dan sedar dgn biz MLM yang kita sedang lakukan. Adakah ia nya MLM sebenar atau hanya satu skim 'Angan-angan' untuk cepat kaya. Tiada jalan yang singkat untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi. Realitinya tiada yang mustahil. Bertindak dan buat pilihan dengan bijak. Saya sedia membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas tentang MLM jika ia masih menjadi beban untuk anda fahami.. 

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.

JAMU MAHARANI - RAHSIA KEINTIMAN WANITA

Testimoni Herba Maharani


Testimoni real ‪#‎herbamaharani‬ kutip dr blog someone. 
ni bukan testimoni sendiri tp bila bc testimoni pon rasa teruja gile nak konsisten makan dan amalkan ! 


Pelanggan saya. Untuk amalan selepas bersalin. Dia mula mengambil pil maharani ini selepas seminggu melahirkan anak. 25 biji pagi dan malam. 7 kotak sepanjang berpantang. Tidak mengambil lain-lain herba, berurut, bengkung bertungku tu buat lah.. Dalam minggu pertama pengambilan, air susu (badan) bertambah, muka tidak pucat (berseri). Terasa sihat dan bertenaga sepanjang berpantang. Katanya juga, mak bidan yang mengurut pun tegur, terkejut dan bagitau peranakan dia dah naik semula. ( bukan tokok tambah ni..mak bidan tu pun terus nak menjual herba ni ). Bayinya pulak (yang minum susu badan), mula-mula tu cirit-birit sedikit, (waktu ini dia hanya ambil 1x sehari sahaja). Selepas semua dah okay, pengambilam seperti biasa. Apa yang boleh dilihat pada bayinya ialah kulitnya tidak banyak ruam seperti sesetengan bayi yang baru lahir. Istimewa untuk bayi yang menyusu badan apabila ibu mengamalkan herba ini, kulit anak akan jadi lebih cantik dan licin, anak dapat imunisasi, antibodi menjadi kuat. Tidak mudah jatuh sakit.




Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan. Tapi kalau nak makan malam pun boleh. 
Makan mestilah bersama air suam. Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.



Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. 

Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji. 
Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan) 

Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period) 

Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period) 

Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama. 

Harga sekotak RM98.00 + RM9 postage 

 nora 0125052381