Beautiful with Nora

Its all about beauty, healthy and lifestyle

Me is Mine

Monday, 29 October 2012

ANDA TANYA KAMI JAWAB







Antara soalan-soalan terkumpul (from FB, email & SMS) yang sy selalu dapat before my customer decide nak purchase Premium Beautiful Corset:-




Q: Apa bezanye Premium Beautiful dengan korset-korset yang lain?

A: Selain daripada mendapat pengikhtirafan SUPERBRAND dan ada Lifetime Warranty, material PB juga berkualiti tinggi, dilengkapi dengan F.I.R. dan mempunyai regangan 360 darjah dimana sesuai untuk semua aktiviti senaman seperti jogging, yoga dan sebagainya


Q: Selesa ke pakai PB ni seharian?

A: PB diperbuat dr materials exclusive which is kita panggil akwatek and aquadyne, pb x sama mcm rata2 corset kat luar sana... material itself is thermo regulate yang mana material dari Akwatek dan akwadyne yang fungsinye bertindak untuk memanaskan badan kita dalam keadaan sejuk dan menyejukkan badan kita dalam keadaan panas... this is Luxury Corset yang mana bila kita sarung je..memang dpt rasa lain dan best.....comfortable coz it has 360 degree flexibility...boleh pakai up to 24 hours...selesa nak buat kerja apa2 pun...nak kerja,buat kerja rumah even exercise pun boleh pakai....Yang penting kena pastikan saiz yang dibeli tu betul, untuk keselesaan diri sendiri juga. Sebab tu penting untuk beli dari dealer yang betul.


Q: Dalam sehari berapa lama kena pakai?

A: At least 8 jam sehari dan untuk kesan yang bagus, seelok-eloknye minum banyak air untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak.


Q: Boleh ke nak pakai Long Girdle @ x complete 1 set?

A: T
ak digalakkan sbb akan memburukkan lagi bentuk badan kita sbb akan jadi tak propotionate sbb pambahagian lemak jadi x rata.. Selalunya sy galakkan pakai whole set kerana kesan pemakaian salah satu contohnya pemakaian Long Girdle akan menolak lelemak ke atas yang mana end up having a muffin top.. mesti tak nak kan camtu kan..


Q: Payment macam mana?

A:
harga pun ikut pada ukuran badan u all..ada 2 category harga...small/med and large size.payment by cash, credit card,  ,rhb easy installment plan and cash installment mthly pun diterima..


Q: Kalau duduk jauh macam mana pulak postage & shipping?

A: Just provide me your body measurment...nora akan kira size, prepare corset and courier it to your doorstep… For TANJONG MALIM dan kawasan2 berdekatan sy preffered self-delivery sebab sy suka nak kenal more with my customer dan juga bagi personal consultation to them, but for lain-lain negeri dan Oversea sy akan guna courier service or any courier service yang my customer preferred..

Good news is all my first time buyer / customer get FREE POSTAGE


Q: Orang yang nak kurus je ke boleh beli PB?

A: Semua orang bleh pakai … Premium beautiful direka sesuai utk semua jenis badan.. Orang yang kurus pun boleh pakai since PB ni dicipta 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan. Yang mana orang kurus lebih cenderung untuk dapat slip disc dan bongkok. Selain dari tu bentuk badan juga akan lebih terbentuk dari sebelum ini yang ‘sekeping’.


Q: Saya bersalin secara C-sect and Breastfeed boleh ke pakai PB?

A: Mummy yang baru bersalin (Normal / C-cest) memang sangat-sangat digalakkan untuk pakai PB ni bagi mendapatkan balik bentuk badan sebelum mengandung.

- Untuk yang bersalin C-sect, PB boleh dipakai bila luka dah sembuh.

- Untuk breastfeed mommy, Long Bra PB memang ‘mummy’s friendly’ sangat senang dan selesa


Q: Berapa Lama boleh dapat kesan utk kurus??

A : actually yg ni subjektif sbb pb ni dia menstabilkan hormone badan, tingkatkan metabolism rate...lancarkan peredaran darah dan pecahkan molekul lemak. so kesan dia berbeza utk setiap org...ada yg seminggu dua dh nampak hasil...ada yg sebulan....depends on badan org. cuma apa yg best is once u dah sarung pb...u akan dpt immediate shape dan terus akan loose few inches....dan pb akan hadkan pengambilan makanan kita...bukan hilangkan selera makan..so that dia akan membantu kita utk diet naturally.

Q: Apa maksud lifetime warranty...??

A : lifetime warranty ni dia akan cover kerosakan corset...etc koyak, cangkuk tercabut, patah bila corset rosak..boleh hantar balik repair and its FOC...bukan dia ganti the new one ye....so,anytime boleh hantar utk service.

Q: Mcm mana nak basuh dan cara penjagaan

A : just rendamkan dalam air+pb washer and sidai, jgn perah jgn masuk washing machine and jgn sidai bawah matahari.

Q. Mcm mana nak tentukan size

A : size depends on measurement badan masing2....sbb pb ni bukan one size fits all...dia ikut ukuran badan..ibarat custom made.. ukuran badan yang diperlukan is bust, underbust, waist n butt… pls refer entry nora bfore ni...ada cara nak ukur badan.


 

Antara testimoni yang telah menggunakan Premium Beautiful





 





 


NOW IS THE RIGHT TIME FOR U TO EXPERIENCE
PREMIUM BEAUTIFUL

WEAR IT...
FEEL IT...
LIKE IT.....
AND SHARE IT...!!



 
jika berminat... jangan segan2 contact nora....
017-929 8858 (nora)








Posted by nora at 01:31 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 28 October 2012

20 Petua Murah Rezeki

 


Artikel nie nora dapat daripada http://kehidupan-insan.blogspot.com. 

Berikut adalah beberapa tip dan petua agar dipermurahkan rezeki :
1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah-perintah Allah. Beribadah kepada Allah, maka insya-Allah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)



2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT, yang menjadi sebab Allah SWT jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah SWT jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Berzikir dan Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang beriman.

Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah SWT akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu 'alam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah SWT buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah SWT membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah SWT.

15. Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah SWT

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah SWT berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) iaitu ayat seribu dinar jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah SWT lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah SWT, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu 'alam.

18. Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah SWT, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah SWT suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.



19. Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah SWT berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah SWT beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah SWT

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah SWT. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah SWT akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah SWT, lalu Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripada-NYA. Insya-Allah.
Posted by nora at 23:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 27 October 2012

SPECIAL OFFER

ANNOUCEMENT..... ANNOUCEMENT

SEBAGAI MERAIKAN CUTI SEKOLAH YG BAKAL TIBA LEBIH KURANG 2 MINGGU LAGI... 

NORA INGIN MENG'OFFER'KAN SPECIAL PRICE UNTUK MEREKA YANG BAKAL MENJADI RAJA SEHARI PADA CUTI SEKOLAH INI  & IBU2 YG TELAH BERSALIN & INGIN MENDAPATKAN BENTUK BADAN YG LEBIH LANGSING ... 


&



SO BETTER GRAB CEPAT2 SEBAB OFFER NI SANGAT2 BEST & TAK AKAN DI ULANG LAGI.... 
( P/S:- KALAU DAPAT BANYAK SAMBUTAN INSYAALLAH ADER LAGI...:)

MESTI RAMAI YANG NAK TAHU APA YANG BESTNYER KAN... 
OK... DENGAN SETIAP PEMBELIAN


PREMIUM BEAUTIFUL 
(HARGA DISKAUN YANG AMAT MURAH 
UTK SEMUA SAIZ )




ANDA AKAN DAPAT PERCUMA 


NURICH LACTOLITE (RM 150)





+


BB PLUS COLAGEN (RM180)






BEST KAN... PASTINYER DI MAJLIS PERKAHWINAN NANTI ANDA AKAN KELIHATAN LEBIH CANTIK, AYU & ANGGUN...


PROMOSI INI HANYA DIBUKA UNTUK 2 MINGGU SAHAJA SO CEPAT2 CALL @ SMS NORA 
UTK DAPATKAN OFFER YANG AMAT2 
DRAMATIK & HEBAT INI.... 


KEPADA BAKAL2 SUAMI BOLEH TAKE THIS OPPORTUNITY TO GRAB NOW AS A GIFT FOR UR LOVE ONE ... CONFIRM BAKAL ISTERI ANDA BERTAMBAH2 SAYANG & MENGHARGAINYA



017-929 8858 
(NORA)




Posted by nora at 11:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 25 October 2012

KESAN AWAL PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL




Mungkin ada yang bertanya "pakai PB ni ade kesan x".. jawapannya “ya & ianya bergantung kepada tahap kesihatan anda” . Side effect pemakaian Premium beautiful korset ini dipanggil Healing Crisis.
Proses ini berlaku kerana kesan proses penyahtoksin dari dalam badan sedang berlaku pada badan. Keadaan ini adalah berbeza pada setiap orang kerana ianya bergantung pada tahap kesihatan badan seseorang itu. Tapi, jangan risau kerana ini bermakna Premium Beautiful sedang bekerja untuk menyesuaikan diri dengan badan anda. Ianya mungkin juga tidak berlaku- bergantung kepada tahap kesihatan badan anda. Biasanya healing crisis yang terjadi ini akan berakhir dalam masa 24 jam bergantung kepada tahap ketoksidan badan masing2.
Antaranya kesan-kesan awal pemakaian Premium Beautiful ialah :

1. Rasa gatal-gatal pada badan, perut,pinggang, dan tempat tertentu

Rasa gatal-gatal adalah proses pengeluaran toksid dari badan sedang berlaku yang dikeluarkan melalui proses perpeluhan.Kesan-kesan kehitaman pada pinggang mungkin berlaku.  Jika kesan gatal berlaku, mandi bersihkan badan dan cuci Premium Beautiful dan rendam dengan air suam secepat mungkin. Teruskan pemakaian untuk meneruskan pengeluaran toksid berasid. Kesan positif dapat dirasai apabila kesan gatal mula hilang dan kulit anda semakin bersih tanda toksid yang semakin menghilang.

2. Sendawa, kentut, mual, dan muntah

Ia berlaku kerana banyak angin dalam badan. PB bertindak mengeluarkan angin dalam badan. Banyak angin dalam badan disebabkan oleh badan berasid.

3. Sakit kepala

Sakit kepala berlaku kepada mereka yang kerap sakit kepala atau pun migrain. Teruskan pemakaian PB dan banyakkan minum air.

4.Sakit pada rahim

F.I.R pada Long Girdle PB bertindak menstabilkan kedudukan rahim, melancarkan period, dan menyembuhkan masalah keputihan.


5. Sakit tulang belakang badan

Sakit tulang belakang berlaku kerana tindakan penyelarasan tulang belakang oleh Waist Nipper PB (Bengkung). Waist Nipper mempunyai tetulang memori yang membantu menyelaraskan tulang belakang dan menegakkan badan bagi mereka yang badan bongkok. Waist Nipper ini telah diiktiraf dari persatuan pakar tulang belakang Amerika Syarikat, Canada, dan Quebec.

6. Payudara rasa sengal-sengal

Ia berlaku kerana ia bertindak untuk menaikkan semula  kedudukan payudara yang sepatutnya, menegang, dan menganjalkan payudara.


7. Badan terasa cergas dan lebih aktif, lebih ringan
Ini berlalu kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai Premium Beautiful kerana tindakan FIR. Ianya juga membantu meningkatkan metabolisma dalam badan.
8. Berat badan turun
menunjukkan berat badan si pemakai tidak sesuai dengan ketinggian. Fungsi utama Premium Beautiful ialah mendapatkan bentuk bandan yang ideal mengikut ketinggian seseorang.


9. Badan rasa sedikit sakit
bagi orang yang selalu demam dan sakit sendi-sendi kerana semasa memakai Premium Beautiful seperti di dalam proses berurut.



Pemakaian Premium Beautiful membantu meningkatkan dan memperbaiki tahap kesihatan dan yang paling menariknya, kita akan dapat bonus iaitu badan yang lebih cantik dan ramping.
Pada yang berminat join biz @ ingin tahu lebih lanjut mengenai PB jangan malu2 @ segan bleh contact nora
017-929 8858




Posted by nora at 02:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 23 October 2012

TRW TREBEL 2012



Perlawanan akhir Piala Malaysia antara
TRW Kelantan vs  ATM telah pun selesai & tamat minggu lepas...
tapi masih terasa lagi semangat dan bangga dengan kemenangan
yang diraih tambah2 lagi TRW dapat trebel untuk musim ini... Wuhuu
Piala FA, Liga Super & Juara Piala Malaysia...

Nora & en.suami memang tak lepas peluang tengok tapi kitaorang tengok
di stadium Arena jer...hehehe... nak pegi stadium leceh sikit ngan anak2 kecik lagi...
tapi yang pasti masa menunggu sepak mula memang excited giler sangat
sebab both team sama2 hebat dan sama2 juara Liga Super & Liga Perdana... 
mana2 team menang kitaorang x kisah sebab en.suami
army & both of us kelantanese jadi kalau ATM menang pn tak aper
 tapi dalam hati of course la nak Kelantan yang menang kan...

Masa tengok game memang puas hati betul... both team memang best & hebat...
corak permainan memang terbaek & penuh suspens sampai nak sakit jantung
rasenyer dan berdebar2 jer bila tiap kali tengok bola nk masuk gol...

Bila ader tambahan masa lagi 30 minit lagi kitaorang berdebar2 dan
risau sebab macam2 boleh berlaku kan....bola kan bulat macam2 boleh jadi tapi
kita doakan yang terbaik... Alhamdulilah setelah berpenat lelah akhirnya
Juara Piala Malaysia milik TRW Kelantan



We are the champion again......


Gelombang Merah yang sentiasa setia & bersemangat menyokong
walau dimana saja..... the best supporters


celebrating the moment....









Posted by nora at 22:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PIN WELLNESS CONSULTANT

PIN WELLNESS CONSULTANT
CONTACT ME FOR FREE CONSULTATION & HAVE MONEY FREEDOM

PREMIUM BEAUTIFUL

Online business, social media and network marketing is my specialist. If you're looking for 'Premium Beautiful' corset and other healthy, beauty & slimming products, please don’t hesitate to contact me. I would be (very) pleased to offer you a FREE consultation and share with you about my products. And if you interested to learn about the business, I will show you how to become a successful 'Online Entrepreneur' with the product. Don't hesitate do contact me and book your appointment today....

+6 012 505 2381

nora_zaraisyah@yahoo.com

About Me

My photo
nora
A wife & working mother with 2 children. UiTM graduated & working as goverment servant. A Premium beautiful user & PB Agent entrepreneur social networking....
View my complete profile

Add me on FB

Nora Talib

Create Your Badge

Popular Posts

  • FESYEN SKIRTS
    PLEATED SKIRT Skirt pleated kembang ala puteri ini sesuai digayakan untuk semua tanpa mengira ukuran badan. Apabila dipakai ia te...
  • PUDING KOKTAIL KASTARD
    Hari nie tukar topik sikit... kita masak2 lak.  Bila tengok cuaca panas skang, nora terasa nak makan sesuatu yang sejuk & manis....
  • MIN KAFFE (MINERAL COFFEE) ... KOPI GARAM PENUH KHASIAT
    Anda mencari minuman berkhasiat yang sangat best dan lain dari yang lain rasanya? Inginkan Coffee??? Masih mencari coffee...
  • BONGKOK SABUT .... PREMIUM BEAUTIFUL KEMBALIKAN KEYAKINANKU
    Menuju ke arah postur badan yang cantik ! Perkongsian dari pengguna Premium Beautiful... Merawat masalah bongkok :D Assalamuala...
  • SIHAT DENGAN BVSM
    Selamat Datang Ke Dunia  Bio Velocity SleepMate “ Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan k...

My Business Partners

  • Premium Beautiful by Naa Kamaruddin
    Danish Yusuf turns 6!
    5 years ago
  • Premium Beautiful by Cik Cida | My Beautiful Passage
    WHY CUCKOO??
    6 years ago
  • PREMIUM BEAUTIFUL *TOP AGENT.
    PETUA AMALAN MURAH REZEKI
    9 years ago

Blog Archive

  • ►  2017 (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
  • ►  2015 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  April (2)
  • ►  2014 (7)
    • ►  December (7)
  • ►  2013 (74)
    • ►  November (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (13)
    • ►  April (8)
    • ►  March (9)
    • ►  February (25)
    • ►  January (12)
  • ▼  2012 (79)
    • ►  December (12)
    • ►  November (16)
    • ▼  October (7)
      • ANDA TANYA KAMI JAWAB
      • 20 Petua Murah Rezeki
      • SPECIAL OFFER
      • KESAN AWAL PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL
      • TRW TREBEL 2012
      • BB PLUS COLAGEN
      • BIOZONE FOOD PURIFIER
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (24)
    • ►  May (13)
    • ►  April (1)

Total Pageviews

Followers

Simple theme. Theme images by UteHil. Powered by Blogger.