Thursday, 8 November 2012

WANG ANDA: Melengahkan masa untuk kaya


Oleh Irfan Khairi


Image
Ramai yang gagal dalam kewangan bukan kerana tidak tahu cara  menyimpan, atau tidak tahu cara menjana pendapatan tambahan, tetapi oleh kerana tidak konsisten dengan usaha memperbaiki keadaan kewangan mereka.



Beberapa bulan lepas saya terjumpa seorang sahabat lama saya. Keluhnya "Irfan, aku menyesal sebab tak melabur duit macam kau sejak di universiti lagi. Ni dah 20 tahun kemdian, simpanan aku ciput je..". Balas saya "Why not kau mula melabur sekarang. Labur la dalam RM500 tiap-tiap bulan". "ok... ok" jawabnya.
Baru-baru ini, saya terserempak kembali dengannya dan selepas bersembang, saya pun bertanyakan tentang usaha pelaburannya. "So amacam? Dah mula melabur RM500 sebulan?". Jawabnya pula "Belum lagi. Hujung tahun dah dekat. Aku nak jadikan 2013 tahun mula menyimpan dan melabur. Tu azam baru 2013!" katanya dengan penuh semangat.

Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Keadaannya yang menyesal kerana tidak mulakan pelaburan sejak 20 tahun dulu, kini pula menunda usaha menyimpan dan melabur untuk beberapa bulan lagi kerana nak tunggu 'azam baru 2013'



Berat saya nak kata, orang sebegini, susah untuk berjaya dalam kewangan. Pertama, tidak sedar pentingnya menjaga kewangan, dan kedua, melengahkan masa untuk mengawal kewangan. Sekiranya ingin menjaga kewangan, tiada
alasan lagi perlu diberikan. Masanya adalah sekarang!



Tiada guna tunggu waktu yang sesuai, atau tunggu waktu yang sempurna untuk kita mula memikirkan dan mengambil langkah menjaga kewangan kita selain sekarang...
*Ekstrak artikel Irfan Khairi dari Metro Ahad. Jangan lepaskan, setiap Ahad ruangan Irfan Khairi, WANG ANDA!








 
segalanya bergantung pada diri sendiri
samada mahu @ tidak...
jika kita masih & rasa selesa pada tahap sekarang.. pikirkan keadaan anak2 & keluarga kita di masa depan



jika inginkan kebebasan kewangan
just tekan no. kat bawah nie
jangan malu2 kerna kalau malu anda yang rugi...


017-929 8858 (nora)

No comments:

Post a Comment