Tuesday, 26 February 2013

MAKANAN SUNNAH

12 Jenis Makanan Kegemaran 

Rasulullah S.A.W.






1. Barli

Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma

Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin

Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur

Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.


5. Madu

Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis)

Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu

Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


8. Cendawan

Baik untuk mata, perancang keluarga. 


9. Minyak Zaitun

Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima

Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.



11. Cuka

Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)




12. Air

Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU C0NT0H: KOKTEL


Cara Makan :

» Jangan makan buah setelah habis makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, barulah makan nasi.

» Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

» Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

» Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cubalah try yer… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Kerana ia juga terbukti dalam kajian.

Nabi S.A.W. pernah mencegah kita daripada memakan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion + sedangkan dalam ikan mengandung ion -.

Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

» Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

» Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

» Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

» Nabi S.A.W. juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)




~ Wallahuallam ~


lots of love

nora

No comments:

Post a Comment