Sunday, 26 May 2013

FESYEN SKIRTS




PLEATED SKIRT


Skirt pleated kembang ala puteri ini sesuai digayakan untuk semua tanpa mengira ukuran badan. Apabila dipakai ia terletak cantik pada tubuh si pemakai, beralun lembut serta memudahkan pergerakan. 

Skirt merupakan pakaian yang selesa dipakai oleh semua wanita tak kira panjang ke pendek. Tetapi kita sebagai wanita, asal nampak cantik je, pakai dan beli tanpa mengetahui skirt tu jenis apa kan? Yang kita tahu, skirt panjang dan pendek, serta.. harga

“Ada sesetengah skirt kurang sesuai untuk wanita Muslimah kerana selain ketat, ia mengehad­kan pergerakan disebabkan fabrik digunakan melekat. Oleh kerana mempunyai kemahiran dalam jahitan saya menghasilkan rekaan skirt sendiri yang sesuai untuk semua golongan,” katanya. 

Pemakaian skirt labuh atau panjang kini lebih terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana tahap umur. Tetapi, apabila kita dah buat keputusan untuk memakai skirt labuh, mestila kita nak pastikan apa yang kita pakai bersama skirt itu bersesuaian dengan umur kita dan tempat yang kita nak tuju, kan? Hari ini saya ingin kongsikan sedikit info mengenai skirt dan jenis-jenisnya. :D








Accordion Pleated Skirt


Pleated skirt ni dia macam berlipat-lipat di keseluruhan permukaan skirt. Macam alat muzik akordion tu. Skirt ini pernah popular pada zaman 70an-80an dulu dan sekarang telah dipopularkan kembali dengan kombinasi warna-warna terang.






Skater Skirt


Skater skirt ni biasanya pendek dan kembang. Asalnya digunakan oleh atlet wanita dan juga mereka yang bersukan lasak kerana kembang dan memudahkan pergerakan. Tetapi lately banyak designers tambah corak dan warna dan boleh dipakai oleh wanita.






Mullet Skirts


Mullet skirt ini merupakan ubah suai potongan skirt iaitu pendek di depan dan panjang dibelakang. Biasanya menggunakan kain chiffon supaya nampak lebih dramatik. Biasanya kain yang digunakan adalah kain plain atau tak bercorak sebab nak bagi menampakkan lagi potongan skirt yang unik.




Crochet Skirt


Crochet skirt ni adalah kain skirt dari crotch stitch dan selalunya handmade la. Memang cantik dan setiap satu skirt ada ciri-ciri individualiti dan istimewa. Kalau anda pakai crochet skirt ni, tak perlu pakai blouse yang sarat sebab skirt ni pun dah nampak cantik.





Coloured Pencil Skirt


Pencil skirt ni dulu dipakai oleh wanita yang kerja rasmi atau di ofis. Tetapi lately ni, sentuhan moden telah diberikan pada pencil skirt ni dan membuatkan ia diminati oleh golongan wanita yang pergi ke parti atau majlis rasmi. Potongannya pula runcing/tirus ( macam sebatang pensel la ) di bahagian bawah dan agak sukar untuk berjalan apabila memakainya.





Lace Skirt


Diperbuat daripada kain lace, dan coraknya lebih kurang dengan crochet skirt, cuma lebih nipis. Dan coraknya juga lebih detail dan terperinci. Jadi anda juga tak perlukan tops yang sarat atau penuh dengan corak.



Asymmetrical Skirt


Okay, anda jangan keliru dengan mullet skirt sebab asymmetrical skirt ni adalah nama panggilan untuk skirt yang tidak mempunyai hujung yang sama panjang. Warga Jepun amat meminati skirt potongan sebegini, nampak seperti anda mengenakan fesyen preppy look.




Tiered Skirt 
(Skirt berlapis/bertingkat)


Skirt tiered atau skirt bertingkat ini akan nampak kembang kerana dia ada banyak layer pada skirt dan ada juga jenis tiered skirt yang dijahit menggunakan perca-perca kain berlainan jenis.







Bandage skirt


Skirt ini dipopularkan oleh pereka fesyen Herve Leger dimana ianya dipakai ketat pada bahagian peha dan rupanya pun seolah-olah anda memakai ikatan bandage. Biasanya material yang digunakan adalah daripada jenis elastik.




Sheer maxi skirt


Skirt ini lebih seksi dan flirtly kerana ianya diperbuat daripada kain yang jarang diluar dan mempunyai skirt lebih pendek di dalam. Sesuai dipakai apabila berjalan-jalan dan nampak segar.








Midi skirt


Midi skirt ini lebih sopan dan sesuai dipakai oleh wanita yang mahukan ciri-ciri elegan dan sofistikated serta tak nampak begitu seksi. Midi skirt ini popular pada tahun 1960an dan sekarang pun telah mendapat tempat di hati wanita yang gemarkan skirt yang tak terlalu pendek atau panjang.




Apa-apa pun, ingat perkara-perkara ni semasa nak bergaya dengan skirt labuh atau apa jenis skirt yang anda gemar .
  1. Gaya apa yang cuba ditonjolkan.
  2. Tempat yang nak dituju.
  3. Warna/Tona warna
  4. Material/Corak/Potongan/Kemasan.
  5. Pull-up and tight-in! (Kalau tak nak tight-in, pakai tali pinggang bertali nipis pada paras pinggang di atas baju itu)

P/S: You styled the outfit.Don't let them styled you.


5 comments:

  1. sis tak jual... just buat review pasal skirt jer :D

    ReplyDelete
  2. Whatsapp saya please 018-7723225

    ReplyDelete
  3. sis tak jual... just buat review pasal skirt jer :D

    ReplyDelete
  4. assalam. berapa harga skirt sukan tu ye. boleh msg ke hp saya 01126089839

    ReplyDelete