Me is Mine

Monday, 26 November 2012

<<< PEPLUM>>>



Hari ini nora rasa tertarik nak cerita pasal fesyen peplum atau dress peplum yang kini tengah "in" & banyak berada di pasaran. Gaya peplum ni mengingatkan nora dengan gaya kebaya dan dress 60-an yang ropol2 kt pinggang yang selalu digayakan oleh wanita-wanita pada era itu, terutamanya seniwati Saloma.


Mesti ramai yang tertanya ape peplum... 
peplum bermaksud ropol pendek dari bahagian pinggang.. 
tapi, skang gaya peplum bukan hanya pada skirt tapi juga sudah dibuat versi rok, blazzer, blous,top, jaket dan juga baju kurung. Ringkasnya, peplum boleh dikatakan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk kembang/kelopak bunga di pinggang bagi memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh yang ber”curve”.











Ramai selebriti terkenal juga menggayakan rekaan peplum seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton .





Gaya peplum lebih kepada smart casual tetapi seperti juga 

pakaian atau gaya lain, ianya boleh disuai padankan 

mengikut situasi. Contohnya, ianya boleh dipakai bersama 

legging, skirt atau skinny jeans. Bagi yang bertubuh gempal, 

pilihlah warna yang agak gelap bagi menimbulkan ilusi 

ramping. 


Gaya peplum juga sesuai untuk rekaan baju kurung... bagi 
yang berani mencuba anda pasti akan kelihatan menarik & anggun..  tapi bagi yang masih ragu-ragu untuk mengenakan gaya ini, usah terlalu takut kerana hanya keyakinan yang akan membuatkan kita cantik walau dengan gaya yang macam mana sekali pun..
















Even Green Leader pun pakai peplum



  “Fashion is not something that exists in 

dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has 

to do with ideas, the way we live, what is happening”.

~~Coco Chanel~~


No comments:

Post a Comment