DUIT UNTUK PENCEN
Kita sering simpan duit untuk beli kereta, beli rumah, pergi bercuti, simpan duit untuk pendidikan anak-anak dan berbagai lagi. Tapi sering kita lupakan simpan duit untuk diri kita apabila pencen kelak.
Ya, pastinya ada yang terbaca ini akan mengatakan, wang pencen sememangnya disimpan melalui potongan gaji KWSP. Tetapi, hakikatnya adalah, dengan hanya bergantung kepada simpanan KWSP, ianya tidak mencukupi. Majoriti antara kita yang bergantung hanya pada KWSP akan mendapat kurang dari RM300 sebulan sekiranya dikira jangka hayat yang meningkat kepada 75 tahun. Adakah RM300 mencukupi untuk tanggungan sebulan?
Kali terakhir saya ke pasaraya pun jumlah belian adalah lebih dari RM300. Itu juga tidak kira bayaran untuk lain-lain seperti kecemasan, perubatan, dan perbelanjaan lain apabila tua kelak.
Bersedia untuk pencen kelak adalah amat penting kerana, untuk membeli kereta, rumah atau pendidikan anak-anak, sememangnya terdapat kemudahan pinjaman untuk tujuan ini. Namun, sememangnya tiada pinjaman untuk membiayai hari tua anda. Oleh sebab ini, wang pencen adalah tanggung jawab kita sendiri.
Jadi, apakah nombor ajaib disimpan untuk simpanan hari tua? Jawpannya adalah 15% daripada pendapatan bulanan. Ini juga bergantung kepada waktu anda mula menyimpan. Sekiranya anda mula menyimpan pada usia muda dalam lingkungan 30 tahun, 15% setiap bulan adalah sasaran yang baik. Namun, sekiranya simpanan anda bermula lebih awal seperti berumur 20-25 tahun, 10% simpanan dari pendapatan bulanan adalah baik. Tetapi harus ingat, lebih lewat anda tersedar pentingnya menyimpan untuk hari tua, maka lebih tinggi simpanan bulanan perlu dilakukan. Dan berkemungkinan lebih sukar dengan pelbagai tanggungan yang perlu dibuat hari ini.
PS:
sekiranya ingin tahu bagaimana caranya menambah simpanan pencen anda melalui bisnes & menjana pendapatan 4 - 6 angka sebulan
jangan malu2 & calling2
nora
017-929 8858
ribena_blueberry@yahoo.com
nora akan tunjukkan caranya
No comments:
Post a Comment