KESAN FIKIRAN NEGATIF
Kita telah memasuki tahun baru dan pada waktu-waktu begini ada baiknya untuk kita cerminkan kembali pencapaian yang telah kita lalui pada tahun sebelum ini dan mula untuk merancang sesuatu untuk kita capai pada tahun ini.
Kita sedia maklum bahawa untuk berjaya perlu berfikir positif. Sehingga bagaikan satu cliché sering disebut oleh pakar-pakar motivasi bila berceramah. Namun, berfikir positif setiap masa bukannya perkara yang mudah.
Berfikir negatif ada tempatnya juga, bukan setiap masa perasaan berfikir negatif seperti marah, sedih, cemburu, duka, bengang dan seumpama dengannya tidak akan terlintas dalam diri kita. Sebagai manusia, pastinya kita akan merasa juga perasaan-perasaan ini.
Negatif Terhadap Diri
Negatif terhadap diri sering dikaitkan dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri. Kita akan sering melihat orang lain lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih bagus dari kita, dan sering memperlekehkan kupayaan diri kita sendiri.
Kelemahan utama diri kita sebenarnya bermula dalam minda. Sekiranya minda sudah mengalah pada awalnya, maka, sebelum mengambil apa jua tindakan, badan kita sudah tidak bertenaga kerana tidak yakin dengan apa yang kita boleh lakukan.
Untuk mengubah kejayaan kita, kita perlu mengubah aksi diri kita dan aksi diri kita bermula dengan minda kita supaya tidak berfikir negatif!
Tidak cukup dengan negatif pada diri sendiri, sesetengah kita sering memandang negatif terhadap orang lain. Mungkin perasaan buruk sangka, iri hati atau atau tidak puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.
Apa yang akan terjadi adalah secara tak sedar, kita akan kaitkan "kejayaan" dengan perkara-negatif oleh kerana itu yang telah dikaitkan pada orang lain. Ertinya, minda kita akan rasa sekiranya kita mencapai kejayaan, orang lain akan buruk sangka pada kita, iri hati dan tidak berpuas hati- dan ini akan menghampakan diri kita untuk mencapai kejayaan sendiri.
Pastinya dengan perasaan sebegini secara tak sedar,
kita juga tidak 'mahu' untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!
kita juga tidak 'mahu' untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!
survey menemui bahawa kebanyakan orang
menggunakan kata-kata negatif (demotivasi)
sebanyak 75% dalam percakapan mereka sehari-hari.
Maka, mulai sekarang
Gantilah kata2
“masalah” menjadi “cabaran”,
“halangan” menjadi “kesempatan”,
“tidak mungkin” menjadi “mungkin”,
“tidak mampu” menjadi “mampu”.
Dengan menggunakan kata-kata positif, Anda mampu mengendalikan fikiran, perasaan, dan tindakan
Anda ke arah yang positif.
Be positive & think positive
017-929 8858
(nora)
ribena_blueberry@yahoo.com
No comments:
Post a Comment