Me is Mine

Friday, 8 February 2013

BENTUK BADAN



Kenali Bentuk Badan Anda


Kalau ikutkan kita ni mempunyai pelbagai jenis bentuk badan sama 
ada epal, pear, hourglass ataupun pisang. So macamna nak tau bentuk badan 
kita ni kategori mana?


Nora nak share info dengan anda semua untuk kita sama-sama kenali 
bentuk badan kita dan maksud disebaliknya.

1. Bentuk Epal


Bentuk Anda 
Berat epal terkumpul di bahagian pinggang. Fenomena ini adalah bahaya!! 
Punggung kecil dan kaki langsing. Bentuk epal ni tidak seimbang.
Maksudnya 
Keseimbangan antara hormon seksual termasuklah testosteron dan estrogen dan 
hormon tekanan misalnya serotonin dan 'dopamine' mungkin boleh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di sekitar pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin menjadi 
sebegini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah 
dan terlalu sedikit aktiviti.

Isu Kesihatan 
Apabila anda mengalami kenaikan berat badan, lazimnya ia tertumpu pada bahagian 
merbahaya. Lebihan lemak ini dipanggil 'visceral' dan terbina di bawah kulit. Jika tidak 
dikawal, ia mampu meningkatkan kolesterol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan 
ujian kolesterol dalam darah anda, gula darah dan juga tekanan darah. Tindakan ini 
dapat mengelakkan anda dari risiko penyakit jantung, diabetis tahap 2 dan angin ahmar.
2. Bentuk Pear 
 Bentuk anda
 Bahagian dada anda lazimnya kecil. Pinggang anda juga ramping. Badan anda boleh 
dikatakan seperti ikan duyung. Anda mempunyai pinggang, punggung dan paha 
yang besar.


Maksudnya 
Berita baiknya lemak yang ada pada bahagian punggung dan paha anda tidak akan 
meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan juga diabetes. Jadi jangan risau 
dengan saiz punggung yang lebar.
Kesihatan 
Dengan lebihan lemak pada bahagian bawah tubuh anda, bentuk pear mudah berisiko 
mempunyai masalah pengedaran darah misalnya 'vericose vein' dan juga lebihan air 
pada buku lali dan kaki. Bahkan anda juga mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang 
mana mampu meningkatakan risiko barah payudara. Anda dinasihatkan mengamalkan 
memeriksa payudara sendiri setiap bulan.

3. Bentuk Pisang


Bentuk anda
 Kalau bentuk pisang, ukuran bahu & pinggulnya sama. 
Tahu ke mana pinggul?
Ukuran pinggang pula nak sama dengan bahu & pinggul. Badan lurus je, macam 
pembaris tanpa berlekuk..
Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk badan seperti lelaki 
(lurus sahaja). Biasanya bentuk badan seperti buah pisang ini dicemburui teman-teman.


Maksudnya 
Berita baiknya ialah risiko untuk anda mendapat penyakit jantung, diabetes, dan 
kanser payudara sangat rendah. 
Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai lemak tubuh berbanding otot, 
anda tetap berisiko.
Kesihatan
Oleh sebab bentuk badan anda seperti pisang ini lebih cenderung seperti lelaki, 
anda mungkin mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil ini akan 
menganggu ovulasi dan kesuburan anda. Oleh itu, rancangkan plan keluarga anda 
mencecah usia 30. Rangka tubuh yang kecil dan BMI yang rendah meningkatkan 
risiko anda mendapat osteoporosis. Silalah bersenam mulai sekarang dan banyakkan 
pengambilan kalsium. 
Memang kalau kurus ni paling kritikal adalah bongkok majoriti yang kurus & tinggi like 
banana ni memang akan mengalami masalah tu. That's why i choose Premium Beautiful 
di samping boleh membentuk badan ia jugak bagus untuk kesihatan terutama 
tulang belakang.

4. Hourglass


 Bentuk anda 
Bentuk anda di tengah-tengah antara epal dan pir. Anda tidak kurus dan juga tidak gemuk. 
Anda mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan 
paha anda akan kelihatan beroto dan kuat. Ukuran bahu & pinggul seimbang, 
pinggangnya kecil je. Macam kerengge.. Bentuk macam ni le yang sangat menarik 
dan menjadi idaman setiap wanita....

Maksudnya 
Anda berisiko mendapat tiroid. Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat 
badan tetapi agak sukar menurunkannya. Orang yang mempunyai berat badan ini 
mudah diserang tekanan dan sukar tidur.

Kesihatan 
Anda mudah merasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan 
melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, selalulah lakukan 
aktiviti yang menenangkan minda. Kerana setiap kali anda tertekan, hati anda akan 
membebaskan lemak ke dalam salur darah anda. Cubalah untuk sentiasa hidup riang.
So apa pun jenis bentuk badan anda yang penting jaga kesihatan anda.
Sumber : Majalah Rapi

Walau apa pun bentuk badan anda, pasti ada 1 saiz PREMIUM BEAUTIFUL yang 
sesuai kerana PREMIUM BEAUTIFUL direka untuk semua jenis 
bentuk badan & fabriknya yang elastik boleh merengang 3600  
sangat selesa hingga tak terasa memakainya walaupun 
seharian memakainya :::::DDDDD









017-929 8858
nora

No comments:

Post a Comment