Me is Mine

Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

FESYEN SKIRTS




PLEATED SKIRT


Skirt pleated kembang ala puteri ini sesuai digayakan untuk semua tanpa mengira ukuran badan. Apabila dipakai ia terletak cantik pada tubuh si pemakai, beralun lembut serta memudahkan pergerakan. 

Skirt merupakan pakaian yang selesa dipakai oleh semua wanita tak kira panjang ke pendek. Tetapi kita sebagai wanita, asal nampak cantik je, pakai dan beli tanpa mengetahui skirt tu jenis apa kan? Yang kita tahu, skirt panjang dan pendek, serta.. harga

“Ada sesetengah skirt kurang sesuai untuk wanita Muslimah kerana selain ketat, ia mengehad­kan pergerakan disebabkan fabrik digunakan melekat. Oleh kerana mempunyai kemahiran dalam jahitan saya menghasilkan rekaan skirt sendiri yang sesuai untuk semua golongan,” katanya. 

Pemakaian skirt labuh atau panjang kini lebih terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana tahap umur. Tetapi, apabila kita dah buat keputusan untuk memakai skirt labuh, mestila kita nak pastikan apa yang kita pakai bersama skirt itu bersesuaian dengan umur kita dan tempat yang kita nak tuju, kan? Hari ini saya ingin kongsikan sedikit info mengenai skirt dan jenis-jenisnya. :D








Accordion Pleated Skirt


Pleated skirt ni dia macam berlipat-lipat di keseluruhan permukaan skirt. Macam alat muzik akordion tu. Skirt ini pernah popular pada zaman 70an-80an dulu dan sekarang telah dipopularkan kembali dengan kombinasi warna-warna terang.






Skater Skirt


Skater skirt ni biasanya pendek dan kembang. Asalnya digunakan oleh atlet wanita dan juga mereka yang bersukan lasak kerana kembang dan memudahkan pergerakan. Tetapi lately banyak designers tambah corak dan warna dan boleh dipakai oleh wanita.






Mullet Skirts


Mullet skirt ini merupakan ubah suai potongan skirt iaitu pendek di depan dan panjang dibelakang. Biasanya menggunakan kain chiffon supaya nampak lebih dramatik. Biasanya kain yang digunakan adalah kain plain atau tak bercorak sebab nak bagi menampakkan lagi potongan skirt yang unik.




Crochet Skirt


Crochet skirt ni adalah kain skirt dari crotch stitch dan selalunya handmade la. Memang cantik dan setiap satu skirt ada ciri-ciri individualiti dan istimewa. Kalau anda pakai crochet skirt ni, tak perlu pakai blouse yang sarat sebab skirt ni pun dah nampak cantik.





Coloured Pencil Skirt


Pencil skirt ni dulu dipakai oleh wanita yang kerja rasmi atau di ofis. Tetapi lately ni, sentuhan moden telah diberikan pada pencil skirt ni dan membuatkan ia diminati oleh golongan wanita yang pergi ke parti atau majlis rasmi. Potongannya pula runcing/tirus ( macam sebatang pensel la ) di bahagian bawah dan agak sukar untuk berjalan apabila memakainya.





Lace Skirt


Diperbuat daripada kain lace, dan coraknya lebih kurang dengan crochet skirt, cuma lebih nipis. Dan coraknya juga lebih detail dan terperinci. Jadi anda juga tak perlukan tops yang sarat atau penuh dengan corak.



Asymmetrical Skirt


Okay, anda jangan keliru dengan mullet skirt sebab asymmetrical skirt ni adalah nama panggilan untuk skirt yang tidak mempunyai hujung yang sama panjang. Warga Jepun amat meminati skirt potongan sebegini, nampak seperti anda mengenakan fesyen preppy look.




Tiered Skirt 
(Skirt berlapis/bertingkat)


Skirt tiered atau skirt bertingkat ini akan nampak kembang kerana dia ada banyak layer pada skirt dan ada juga jenis tiered skirt yang dijahit menggunakan perca-perca kain berlainan jenis.







Bandage skirt


Skirt ini dipopularkan oleh pereka fesyen Herve Leger dimana ianya dipakai ketat pada bahagian peha dan rupanya pun seolah-olah anda memakai ikatan bandage. Biasanya material yang digunakan adalah daripada jenis elastik.




Sheer maxi skirt


Skirt ini lebih seksi dan flirtly kerana ianya diperbuat daripada kain yang jarang diluar dan mempunyai skirt lebih pendek di dalam. Sesuai dipakai apabila berjalan-jalan dan nampak segar.








Midi skirt


Midi skirt ini lebih sopan dan sesuai dipakai oleh wanita yang mahukan ciri-ciri elegan dan sofistikated serta tak nampak begitu seksi. Midi skirt ini popular pada tahun 1960an dan sekarang pun telah mendapat tempat di hati wanita yang gemarkan skirt yang tak terlalu pendek atau panjang.




Apa-apa pun, ingat perkara-perkara ni semasa nak bergaya dengan skirt labuh atau apa jenis skirt yang anda gemar .
  1. Gaya apa yang cuba ditonjolkan.
  2. Tempat yang nak dituju.
  3. Warna/Tona warna
  4. Material/Corak/Potongan/Kemasan.
  5. Pull-up and tight-in! (Kalau tak nak tight-in, pakai tali pinggang bertali nipis pada paras pinggang di atas baju itu)

P/S: You styled the outfit.Don't let them styled you.


Tuesday, 12 February 2013

GAYA BERDURI ~STUDS & SPIKES~







hari ni kita nak citer pasal fesyen stud @ spike. 
Gaya duri-duri atau yang lebih dikenal dengan studs dan spike pernah menjadi kegilaan ramai semasa masa kejayaan Avril Lavigne beberapa tahun silam. Kini studs kembali lagi menjadi tren fesyen.  Musim ini, kita akan melihat ini pada gelang, tudung, seluar pendek, puncak, jaket, bingkap, topi, but, kasut, beg & walaupun pada cermin mata hitam! 

Fesyen hari ini memperlihatkan pencinta fesyen semakin 
obses kepada aksesori dan pakaian bercirikan elemen vintaj dan klasik terutamanya di kalangan anak-anak muda. 
Koleksi fesyen berkenaan merupakan satu kitaran stail yang popular sejak era 20-an hingga 70-an lagi. Stud sekarang semakin hari semakin digilai oleh semua remaja remaja dulu stud ni hanya digayakan pada orang orang yang berani je dan kebanyakkan menganggap fesyen ini hanya untuk peminat black metal/punk but now,noop !.semua orang boleh gayakannya dan boleh dikatakan trend sekarang


Permintaan beg tangan dan jaket kulit yang menampilkan 
konsep punk seperti hiasan paku logam (stud) juga mendapat sambutan yg tinggi. Jika diimbas kembali, teknik perincian paku logam itu merupakan satu kegilaan fesyen peminat punk pada tahun 1970.


Tambahkan studs di fashion items favorite kamu, seperti 

jaket, rompi, atau celana. Berani? 





Boleh aja kalau pakai lebih dari satu ciri  studs simple di penampilanmu tapi kena kreatif dan bijak menggayakannya. Dan kalau punya banyak idea kreatif, kamu boleh beli studs di kedai aksesori, kemudian jahit pada bahagian kerah atau  pakaian. Bukan saje di baju, studs juga dapat memcantikkan aksesori. 





Aksesori rambut



Lengkapi koleksi kamu dengan sepatu, tas, serta collar penuh studs seperti ini! TAPI, jangan pulak satu badan penuh dengan fesyen stud nanti nampak pelik 
@ nampak macam kaktus lak.... Just pakai 1@2 item contoh beg, kasut @ belt untuk nampak lebih trendy :D

                                 


Kini perincian tersebut mula menular dan memeriahkan industri fesyen tempatan mahupun antarabangsa.
Teknik perincian paku logam bukan sahaja cantik pada jaket kulit, malah ideal menghiasi seluar jean, blaus, gelang dan koleksi beg tangan. Penggunaan paku logam tidak lagi membuatkan penampilan kelihatan garang dan ganas jika kena @ pandai menggayakannya 



Pencinta fesyen tetap berpeluang tampil menawan dan anggun biarpun menggenggam tas tangan yang memiliki perincian paku logam. Selain paku logam perak, untuk menambah elegan pada aksesori, paku logam rona emas turut diterapkan pada koleksi beg tangan.



"Penggunaan paku logam pada beg tangan vintaj menyerlahkan lagi penampilan anda. Himpunan beg tangan ini sesuai digayakan oleh gadis lincah yang begitu menitikberatkan soal gaya. 











Sebuah klac sangat bergaya bagi jika digayakan dengan memakai pakaian hitam sedikit & tumit keemasan! 
Oh la la! <3

Tiada peraturan masa untuk berfesyen , anda boleh menggabungkan beg ini dengan apa-apa atau mana-mana corak yang anda mahu! Tetapi jangan lupa peraturan ini: jika memakai perak kancing - hendaklah digabungkan dengan aksesori perak & 
emas kancing - digabungkan dengan aksesori keemasan!
Selagi anda mematuhi peraturan ini, anda juga boleh memakai beg ini dengan pakaian bunga!



I told you, you can even wear these bags with floral designs; here is a perfect example: Floral dress, jacket & studded bag. A very nice chic look!









jaket  yang ditunjukkan  boleh dipakai dengan gelang emas, rantai girly atau anting-anting, beg bergaya .. dll. Anda boleh memakai ini dengan pakaian, skirt, apa-apa yang sepadan -  Dengan memakai jaket ini pasti kelihatan hebat dengan baju putih!




    






Even  Hanis Haizi  juga ada koleksi kasut stud 


Guess what... Isteri PM pun pakai stud... 





Mereka kelihatan hebat bergaya, saya cadangkan semua orang. Jika pakaian kerja harian anda memerlukan sentuhan perbezaan, hanya diy kolar baju anda!


  










Sebuah klac sangat bergaya bagi jika digayakan dengan memakai pakaian hitam sedikit & tumit keemasan! 
Oh la la! <3

Tiada peraturan masa , anda boleh menggabungkan beg ini dengan apa-apa atau mana-mana corak yang anda mahu!Tetapi jangan lupa peraturan ini: perak kancing - digabungkan dengan aksesori perak & emas kancing - digabungkan dengan aksesori keemasan!
Selagi anda mematuhi peraturan ini, anda juga boleh memakai beg ini dengan pakaian bunga!

































Selamat berfesyen... XOXO
017-929 8858
nora