Me is Mine

Friday, 18 January 2013

GLAMpreneurs on BELLA and SAFIYYA



Hey there! Guess what? GLAMpreneurs was featured on TV TWICE last week!!! 

Congratulations GLAM!!!

Did you watch it? I managed to catch them on Safiyya but I missed the one that 
was aired on Bella. Anyway, thanks to tonton portal...I finally did watch it!

The first show was Bella on ntv7! It aired on Tuesday 11th December 2012 
(it was a public holiday for people in Selangor) ;P

GLAM appeared in this show in conjunction with Hai-O's 20th Anniversary ;D

Can you spot CDM Naa Kamaruddin and her hubby, Ashraf Naserudin?? *hint* '
second row'

The CDMs of GLAM! From left: CDM Fazi, CDM Sha Khalid, CDM Naa Kamaruddin, 
CDM Maisarah Ibrahim and CDM Hanis Haizi

And of course, our Celebrity Mentor and Founder of GLAM CDM Hanis Haizi 
was being interviewed by the reporter! She was wearing a GLAMorous dress 
inspired by Christian Diormade by Datuk Radzuan Radziwill 
that has 45 panel wings!!

 Another member from Green Leaders Group, CDM Maisarah Ibrahim 
was also being interviewed by the crew! ;D CDM Mai was wearing a 
dress by Datuk Radzuan Radziwill too!!

You can watch her full interview on tonton and look for Bella 2012 Episode 243!
She started the business as a plain housewife and has been doing it for 4 years now. 
Currently, she's earning 6-figure monthly income and is known as 

CDM Maisarah Ibrahim started the business part time and turned full throttle 
when she quit her job as an engineer. Now she has financial and time freedom 
all the way! She is able to spend more time with her family too while 
generating solid 5, 6-figure monthly income and enjoys 
flexible working hours ;D

The second show was Safiyya on tv9! It aired on Sunday 
16th December 2012 at 9.00 pm. 
I was in front of the TV waiting before 9.00 pm ;P

 CDM Hanis Haizi was featured in the Nur Safiyya slot called 
'minat & hobi Si Obses Mengumpul' ;D

You can watch her full slot on tonton and look for Safiyya 2012 Episode 50!

A shot of few dresses that she owns made by the one and only 
Datuk Radzuan Radziwill! *jaw drops*

CDM Hanis Haizi showing her PRADA handbag. There's only 2 of these in 
Malaysia peeps!

Her handbags collection include LV, CHANEL, PRADA, DIOR, YSL, CELINE and 
she's aiming for HERMES soon! She has over 40 handbags ranging from different 
designer labels!

The Red CELINE and CHANEL CLASSIC FLAP in three different colours!

CDM Hanis Haizi has over 200 pairs of shoes!! *faints*

CDM Hanis Haizi with her hubby CDM Razali Zain and their 2 boys enjoying
 some family time ;D

Spotted CDM Naa Kamaruddin in this shot! She's in the front!!

That's our one and only CDM Hanis Haizi! It took her 4 years to establish 
such a collection and the best thing about it is that...

"Hanis lebih suka menempa kejayaan dengan hasil usaha, titik peluh sendiri 
dan bukannya bergantung pada kesenangan keluarga"


Congratulations to GLAM for being featured on TV 

TWICE last week!

Am proud and honored to be a part of GLAM!

Choose GLAM!

COME AND JOIN US NOW!


017-929 8858 
nora

Sunday, 13 January 2013

TREATS FOR THE KIDS


Aktiviti jalan-jalan nie sebenarnya berlaku bulan 12, 2012 
masa jumpa Cik Cida untuk Personal Touch & sharing pasal bisnes serta boost up 

dah selesai semua urusan pasal bisnes..
nora & family pusing2 AEON RAWANG sebab nak balik awal lagi jadi alang2 kita window shopping dulu manalah tahu kot2 ader barang yg berkenan...
kebetulan masa tue tengah nak sambut krismas jadi decoration pun dah macam nak sambut krismas jer + ader lak jualan hujung tahun (Y.E S) 
memang meriah + ramai sangat orang...

Sebenar banyak lagi gmbar yg nora amik masa jalan2 tapi atas sebab musabab telefon rosak lak jadi gambar2 yg ader dalam telefon dah ilang.... huhuhu sadis sangat especially gambar2 anak
nasib baek yg ader nie masih dapat diselamatkan
so.. enjoy walaupun x seberapa :D




Me + Leader (CIk CIda)


rambut serabai sebab baru bangun tido..
pantang amik gambak asik nak wat "Peace" jer



suka sangat buku especially buku  "Princess"
kusyuk betul membaca walaupun just tengok picture jer
huhuhu


mummy + zara



Shopping for the kids

untuk zara


untuk Aisyah


satu kemestian mesti naek kalau jumpa
 this musical machine :D

Angry bird shoes

Friday, 11 January 2013

BERMULA..


 * credit pos taken from http://www.nurfaziha.com/2011/08/bermula.html *



BERMULA..

Ramai orang nak buat biznes, nak income masuk setiap bulan secara tetap, tapi tak nak keluarkan modal & tak nak berusaha.. 

Biasa dengar kan? 

Tapi, macam mana tu? Adil tak untuk orang yang berusaha..? 

Biznes apa pun ada modal.. 

Besar modal, besarlah margin untung.. 

Kecil modal, kecil lah margin untung.. 

Prinsip saya mudah.. tak semestinya nak mulakan biznes dengan modal besar.. 

Yang penting ialah BERMULA.. 

Macam mana nak ada perubahan kalau tak bermula..? 

Selalu mengeluh, macam mana laa aku nak kaya ni.. tapi kalau kita masih jalankan rutin harian, bagaimana nak berlaku perubahan, macam mana income nak berubah..? 

Setiap perubahan tak semestinya ada kemajuan.. tapi setiap kemajuan, mesti berlaku perubahan. 

Contoh paling mudah.. 

Macam mana nak dapat dapat ilmu kalau tak pergi menuntut ilmu..? 

Macam mana nak dapat result flying colors kalau asyik enjoy & tak study..? 

Macam mana nak dapat anak kalau tak berkahwin..? (soal anak tak sah tak boleh diambil kira ye..) 

Macam mana nak kurus kalau asyik makan banyak, tak nak exercise dan paling mudah kalau malas nak exercise & suka makan, tapi tak nak pakai Premium Beautiful & makan Lactolite yang boleh bantu untuk kurus..?

Macam mana nak bahagia kalau kita tak cari kebahagiaan pada orang lain..? 

Boleh ke kita asyik menerima tanpa memberi..? 

Dr Fadzillah Kamsah sendiri cakap, untuk dapatkan kasih sayang, kita kena memberi kasih sayang.. 

Sama juga dengan konsep rezeki.. kita kena cari, baru lah rezeki MARI..! 

Semua orang tahu, punca pendapatan 9/10 adalah dari perniagaan.. dan semua orang tahu Rezeki TAKKAN Datang Bergolek, Bulan TAKKAN Jatuh Ke Riba.. tapi ramai di antara kita tak mahu sebab bila berniaga mesti ada PERUBAHAN. 

Perubahan ape yang biasanya selalu orang takutkan sangat..? Saya dulu pun macam tu.. percaya lah.. 

Perubahan masa.. Dulu boleh rehat di hujung minggu.. Ada masa untuk tonton wayang.. ada masa banyak bersenggang.. masa untuk tidur.. Duit tak bape banyak, tapi suka lepak kat rumah.. maksudnya saya pemalas, itu dulu.. Eheheh..
Saya mulakan biznes nie sebab terdesak.. financial saya quite bad masa tu.. saya & adik mulakan biznes menjual baju kanak-kanak.. banyak modal habis, beribu Ringgit Malaysia habis & ada stok yang masih ada sebab tak laku.. tak nak salahkan orang lain, tapi mungkin kelemahan kami.. 

Sudahnya? Terhenti sampai di situ.. 

Saya nampak peluang lain, saya grab.. sebab paling-paling saya suka ialah KERJASAMA SECARA BERKUMPULAN. 

Bantu-membantu, bimbing rakan-rakan kongsi sampai jadi & dapat apa yang saya dapat. Lebih mudah bila pemimpin & rakan kongsi SATU HATI, SATU MATLAMAT.
Waktu hujung minggu saya memang bukan seperti dulu sebab buat part time business.. tapi tak la 24 jam tak da di rumah.. Adaaa.. saya pun sayangkan suami & anak-anak saya sama macam orang lain. Cuma masa tu saya curi sikit dalam 2-4 jam untuk saya sediakan yang terbaik untuk anak-anak saya. Dan dulu saya, 2-4 jam tu biasanya saya akan tidur di rumah.. Saya cuma gantikan waktu tidur saya dengan menambah pendapatan. Begitu mudah sebenarnya..! 

Tak seronok ker, korbankan waktu tidur yang beberapa jam tu jer dengan dapatkan income 5 angka? Uishhh.. SERONOK SANGAT..! (Lagipun tidur siang lama memang tak elok kan..) 

Saya tak lakukan seorang diri.. tips, cara mantapkan kumpulan, cara menjadi profesional semua diajar.. tak ada rahsia yang disimpan.. Berlainan dengan biznes konvensional, semuanya bergantung pada diri kita seorang.. sebab tu saya saya salute dengan orang yang biznes konvensional. 

Saya nak bercerita tentang salah seorang rakan kongsi saya.. 

Ayu nama dia (http://casasafiyya.blogspot.com/) .. kami kenal melalui internet saja. Seorang suri rumahtangga ada 2 orang cahaya mata yang kecil-kecil lagi.. Ayu ni memang mengharapkan duit poket dari suami sahaja. 

Dia dah pernah join biznes ni dengan kumpulan lain, tapi tak ke mana.. tapi nampak peluang dalam kumpulan saya di bawah pimpinan Hanis Haizi, Ayu bertukar kumpulan. Tak pernah paksa & semua atas pilihan Ayu.. ingat lagi dia tanya saya, "Fazi.. you sanggup tak bimbing I..?".. Macam dah nak kawin je bunyinye.. saya terus cakap, "nyiru tapak tangan I tadahkan..". Ahahah!! Terus ayat klasik aku keluarkan nyahh.. dah you yang mula dulu..! Ehehehe.. 

Ayu mulakan biznes ni dengan modal kecil saja.. tahap pengedar.. modal kecil, untung pun kecil.. ratus-ratus saja income Ayu masa tu.. 

Tapi itu tak pernah menghalang untuk tanam impian nak jadi Crown Diamond Manager seperti CDM Hanis Haizi. 

Dengan berbekalkan strategi & ilmu yang diturunkan, Ayu kini berpangkat Sales Manager yang mempunyai income lebih kurang RM 3,000. Sekarang menuju ke arah Senior Sales Manager.. 

Dari pengedar nak naik ke Sales Manager salah satu caranya ialah melalui cash buyers Premium Beautiful. Bulan Ogos sahaja dia dapat 10 cash buyers HANYA MELALUI INTERNET..! 

Hebat kan? 

Walaupun suri rumahtangga, kawan tak berapa nak ramai, sebab dari pagi sampai petang selama beberapa tahun mengadap anak saja & even lesen memandu pun TAK ADA. Tapi dia tak pernah jadikan itu sebagai alasan untuk tak berjaya. 
Fokus pada kejayaan.. Kejayaan datang.. Fokus pada kegagalan, Kegagalan PASTI akan datang. 

TAHNIAH AYU..!! I know you can go far..! Kita buat sama-sama k..! 

Peluang bisnes ni TERBENTANG LUAS..! Tinggal kita yang NAK ATAUTAK sahaja. 

Saya buat biznes ni sebab saya memang nak keluar dari zon kewangan yang sangat sangat tak menyelesakan. 
Ini pemikiran saya dulu sebelum buat keputusan buat biznes. 
"Alaa.. dah ok dah ni.. life sekarang.. boleh beli perabot bayar ansuran, ada jugak duit kutu sikit nak tambah apa yang kurang.. anak dapat simpan RM50 dah ok lah berbanding orang yang tak boleh nak menyimpan langsung.. bagi kat mama abah RM150 selang sebulan pun ok sangat.. dari orang yang tak penah nak bagi mak ayah diorang?.. alaa.. pakai barang mahal, buat apa.. kalau ada duit lebih baik aku simpan.. diorang tu menunjuk jer lebih..alaa.. ada yang dah buat biz tu tapi tak jadi pun..? tak kaya pun macam diorang cakap?" 

Saya rasa diri saya sungguh pathetic & looser.. 
Lama-lama saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Dan ada yang memaksa saya keluar zon yang saya rasa selesa tu. 
Duduk diam termenung, fikir sendiri.. "Ok Fazi.. kalau kau nak berjaya.. kenapa nak kena tengok contoh orang yang tak berjaya..?". Baru lah dapat signal, "Aku kena buat jugak", DING DONG BELLLL.. ehehehe.. 

Bila dah buat, dah bermula, saya nampak makin lama, makin elok keadaan kewangan saya.. selesaikan hutang yang menyesakkan kepala.. memang keadaan awal buat biznes, memang tak nampak hasil banyak sangat, sebab selesaikan bebanan hutang.. 

Tapi lama-kelamaan, beban hutang mula sikit, simpanan dapat buat lebih banyak.
Dan dah boleh mula beli barang-barang apa yang saya suka. Saya pun tak boleh nak tipu diri saya nak merasa pakai handbag yang mahal, cantik, pakai baju cantik, yang berjenama.. walaupun saya seorang yang sederhana.. tapi jauh kat sudut hati, NAK JUGAK MERASA. 

Nak jugak merasa bila beli barang cash atau debit card.. 
Dan ramai juga yang buat biz nie asalnya orang senang, memang berada.. tapi masih lagi buat, kenapa..??? 

Sebab diorang nampak PELUANG BUAT DUIT LAGI BANYAK. 

Buat bisnes ni, MUDAH. Jangan terlalu banyak block dalam fikiran kita.. kalau banyak sangat block, memang takkan jadi. 
Mesti berani..! Berani cabar diri gapai impian..! Berani cabar diri untuk luangkan masa untuk keluar dari zon selesa, BUAT SEMENTARA SAJA untuk dapatkan keselesaan yang lebih lagi..! Berani cabar diri berikan yang terbaik untuk mak ayah kita..! 

Tak ada apa yang nak ditakutkan, sebab dalam biznes ni, leader sentiasa ada untuk back up tidak kira masa. 
Rosham Nor cakap dalam Malaysia Hari Ini (MHI), zaman sekarang, bukan zaman buat satu kerja saja. Kat Malaysia ni, rezeki banyak, tinggal kita jer nak cari..
Oh Abg Rosham..! Saya setuju sangat..! Autograf pleaseeee... ehehehe.. 

So, this is something for you to think about.. ini sekadar perkongsian saya.. apa yang biznes ni boleh beri perubahan besar pada income & hidup kita, KALAU KITA BUAT DENGAN BETUL BERSAMA-SAMA DENGAN KUMPULAN YANG BETUL.. 




017-929 8858
(nora)
ribena_blueberry@yahoo.com

Tuesday, 8 January 2013

ARTICLE FOR TODAY


KESAN FIKIRAN NEGATIF

Image


Kita telah memasuki tahun baru dan pada waktu-waktu begini ada baiknya untuk kita cerminkan kembali pencapaian yang telah kita lalui pada tahun sebelum ini dan mula untuk merancang sesuatu untuk kita capai pada tahun ini.


Kita sedia maklum bahawa untuk berjaya perlu berfikir positif. Sehingga bagaikan satu cliché sering disebut oleh pakar-pakar motivasi bila berceramah. Namun, berfikir positif setiap masa bukannya perkara yang mudah.

Berfikir negatif  ada tempatnya juga, bukan setiap masa perasaan berfikir negatif seperti marah, sedih, cemburu, duka, bengang dan seumpama dengannya tidak akan terlintas dalam diri kita. Sebagai manusia, pastinya kita akan merasa juga perasaan-perasaan ini.



Apa yang penting adalah untuk kita menyedarinya dan dengan pantas, alihkan fikiran tersebut supaya fikiran negatif tidak memakan diri kita sendiri. Dengan menyedari dan mengetahui apakah kesan-kesan negatif yang akan terjadi pada diri kita, ia merupakan langkah awal untuk kita alihkan tumpuan kepada perkara yang lebih positif.



Negatif Terhadap Diri 

Negatif terhadap diri sering dikaitkan dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri. Kita akan sering melihat orang lain lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih bagus dari kita, dan sering memperlekehkan kupayaan diri kita sendiri.


Kelemahan utama diri kita sebenarnya bermula dalam minda. Sekiranya minda sudah mengalah pada awalnya, maka, sebelum mengambil apa jua tindakan, badan kita sudah tidak bertenaga kerana tidak yakin dengan apa yang kita boleh lakukan.


Untuk mengubah kejayaan kita, kita perlu mengubah aksi diri kita dan aksi diri kita bermula dengan minda kita supaya tidak berfikir negatif!



Negatif Terhadap Orang Lain



Tidak cukup dengan negatif pada diri sendiri, sesetengah kita sering memandang negatif terhadap orang lain. Mungkin perasaan buruk sangka, iri hati atau atau tidak puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.

Apa yang akan terjadi adalah secara tak sedar, kita akan kaitkan "kejayaan" dengan perkara-negatif oleh kerana itu yang telah dikaitkan pada orang lain. Ertinya, minda kita akan rasa sekiranya kita mencapai kejayaan, orang lain akan buruk sangka pada kita, iri hati dan tidak berpuas hati- dan ini akan menghampakan diri kita untuk mencapai kejayaan sendiri.

Pastinya dengan perasaan sebegini secara tak sedar,
kita juga tidak 'mahu' untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!

survey menemui bahawa kebanyakan orang 
menggunakan kata-kata negatif (demotivasi) 
sebanyak 75% dalam percakapan mereka sehari-hari.


Maka, mulai sekarang 



Gantilah kata2


“masalah” menjadi “cabaran”, 

“halangan” menjadi “kesempatan”, 

“tidak mungkin” menjadi “mungkin”, 

“tidak mampu” menjadi “mampu”. 



Dengan menggunakan kata-kata positif, Anda mampu mengendalikan fikiran, perasaan, dan tindakan 
Anda ke arah yang positif.





Oleh itu, hindarilah orang-orang negatif yang dapat menularkan kata-kata negatif yang akan menghancurkan motivasi anda.




kata negatif isuhangat










Be positive & think positive

017-929 8858
(nora)
ribena_blueberry@yahoo.com