Me is Mine

Monday, 1 April 2013

EARLY DINNER @ KUNANG-KUNANG




Salam & selamat sejahtera readers

Hari ni nak citer pasal akitviti makan2 yang tak dirancang.. Pada mulanya nora cuma mintak en.suami temankan pergi ke Selayang atas urusan di KWSP. Kebetulan adik ipar tinggal area Selayang jadi alang2 dah pergi sana bolehlah jumpa sekejap sebab adik ipar nora nie keje kapal jadi jarang2 boleh jumpa sebab bila dah start naik kapal mau berbulan2 outstation. Jadi, kebetulan dah dapat kelepasan dari majikan amiklah peluang nie sebab pergi KWSP pun dah lepas lunch hour:D
Mulanya adik ipar ajak nak pegi ICT, Shah Alam pastu last minute cancelled lak. So, masa duk bincang nak pergi mana. Adik ipar ajak makan2 dulu.. kemudian otw nak cari port utk makan ternampak restaurant Kunang2... kebetulan semua x pernah makan kat situ jadi amik kesempatan nak rasa makanan kt sini sebab nama restaurant nie quite famous gak sebab selalu kuar dalam paper & artis pun selalu wat show kat cni. 
masa sampai kat kunang2.. almost 6 o'clock. restaurant dah bukak cuma serving makanan start kul 6.30 jadi kalau nak order cuma untuk minuman jer. Pastu bincang lagi samada nak tunggu @ nak cari port makan tmpat lain. then after small discussion kitaorang decided nak tunggu jgk... hehehe





masa duk tunggu makanan sampai nora layan anak2 sambil tengok ikan koi yang kebetulan sebelah tempat kitaorang duduk :D.. ikan koi nie mmg besar2 & gumuk semuanya
geram tengok... jadi, anak2 takdelah boring sangat masa menunggu makanan sampai sebab ader hiburan sampingan & yang paling teruja pastinya Aisyah
memang tak duduk diam asik duk pusing2 & tengok ikan2 dalam kolam.




Aisyah yang sedang khusyuk tengok ikan koi & kura2

Foto
persekitaran restaurant kunang2 mmg santai 
& selesa ... 




 
Aisyah yang sempoi jer... 




Sebenarnya masa makanan sampai nora tak sempat nak amik gambar sebabnyer segan lak ngan adik ipar kan...hehehe.. Picture nie nora cuma google dlm internet jer utk bagitau antara menu yang kitaorang makan :D
Antara menu yang kitaorang makan siakap 3 rasa, set asam pedas, sayur campur, telur dadar & sotong celup tepung. minuman lak air epal, tembikai & carot susu.. menu untuk kanak2 lak popcorn ayam & french fries... 

  
Home made marinated served with tartar sauce.
menu nie memang sedap sangat



Plain rice served with creamy dory fish cooked with asam pedas style & lady finger, salted egg and papadom...
Set menu asam pedas nie pun sedap & mmg terasa asam & pedasnyer.. kitaorang nak asam pedas ikan pari tapi kebetulan hari tue takde lak, jadi kitaorang order ikan siakap asam pedas ... ok jgk & sedap 


Selesai makan2 kitaorang rancang nak pergi 
Aquaria, KLCC lak sebab kebetulan nak balik tg.malim rasa cam awal lagi. Tapi, otw ke klcc jalan jammed lak ... kitaorang sangkut hampir 1 jam & masa sampai kt klcc Aquaria dah tutup... frust sangat. Aisyah dah super excited bila citer nak tengok shark... tapi, alhamdulilah aisyah tak ngamuk & paham lepas dah citer sebab xleh masuk Aquaria... 
untuk tak mengecewakan aisyah kitaorang pusing2 kt park klcc & tengok air pancut . Aisyah macam biasa yang paling excited sangat smpai melompat2 ... 












Kitaorang tunggu smpai air pancut berhenti & walaupun pada mulanya Aisyah still tak nak balik sebab nak tengok lagi air pancut. oleh kerana jam dah kul 9 terpaksa gerak balik sebab dah malam & nak bertolak balik Tg.Malim lak... Alhamdulilah walaupun dapat beri sedikit kegembiraan untuk anak2, nora tetap bersyukur bila tengok anak2 gembira... In shaa Allah dengan niat yang ikhlas untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga & anak pasti Allah akan sentiasa murahkan rezeki.


pada yang berminat & ingin mencari side income 
secara full time @ part time ini adalah peluang anda.
bisnes yang mudah & senang dengan peluang pendapatan yang tinggi :D

berminat untuk menyertai & ingin 
merasai ganjaran hebatnya..
boleh contact @ emel :-

0179298858
nora
ribena_blueberry@yahoo.com






No comments:

Post a Comment