Me is Mine

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, 1 April 2013

EARLY DINNER @ KUNANG-KUNANG




Salam & selamat sejahtera readers

Hari ni nak citer pasal akitviti makan2 yang tak dirancang.. Pada mulanya nora cuma mintak en.suami temankan pergi ke Selayang atas urusan di KWSP. Kebetulan adik ipar tinggal area Selayang jadi alang2 dah pergi sana bolehlah jumpa sekejap sebab adik ipar nora nie keje kapal jadi jarang2 boleh jumpa sebab bila dah start naik kapal mau berbulan2 outstation. Jadi, kebetulan dah dapat kelepasan dari majikan amiklah peluang nie sebab pergi KWSP pun dah lepas lunch hour:D
Mulanya adik ipar ajak nak pegi ICT, Shah Alam pastu last minute cancelled lak. So, masa duk bincang nak pergi mana. Adik ipar ajak makan2 dulu.. kemudian otw nak cari port utk makan ternampak restaurant Kunang2... kebetulan semua x pernah makan kat situ jadi amik kesempatan nak rasa makanan kt sini sebab nama restaurant nie quite famous gak sebab selalu kuar dalam paper & artis pun selalu wat show kat cni. 
masa sampai kat kunang2.. almost 6 o'clock. restaurant dah bukak cuma serving makanan start kul 6.30 jadi kalau nak order cuma untuk minuman jer. Pastu bincang lagi samada nak tunggu @ nak cari port makan tmpat lain. then after small discussion kitaorang decided nak tunggu jgk... hehehe





masa duk tunggu makanan sampai nora layan anak2 sambil tengok ikan koi yang kebetulan sebelah tempat kitaorang duduk :D.. ikan koi nie mmg besar2 & gumuk semuanya
geram tengok... jadi, anak2 takdelah boring sangat masa menunggu makanan sampai sebab ader hiburan sampingan & yang paling teruja pastinya Aisyah
memang tak duduk diam asik duk pusing2 & tengok ikan2 dalam kolam.




Aisyah yang sedang khusyuk tengok ikan koi & kura2

Foto
persekitaran restaurant kunang2 mmg santai 
& selesa ... 




 
Aisyah yang sempoi jer... 




Sebenarnya masa makanan sampai nora tak sempat nak amik gambar sebabnyer segan lak ngan adik ipar kan...hehehe.. Picture nie nora cuma google dlm internet jer utk bagitau antara menu yang kitaorang makan :D
Antara menu yang kitaorang makan siakap 3 rasa, set asam pedas, sayur campur, telur dadar & sotong celup tepung. minuman lak air epal, tembikai & carot susu.. menu untuk kanak2 lak popcorn ayam & french fries... 

  
Home made marinated served with tartar sauce.
menu nie memang sedap sangat



Plain rice served with creamy dory fish cooked with asam pedas style & lady finger, salted egg and papadom...
Set menu asam pedas nie pun sedap & mmg terasa asam & pedasnyer.. kitaorang nak asam pedas ikan pari tapi kebetulan hari tue takde lak, jadi kitaorang order ikan siakap asam pedas ... ok jgk & sedap 


Selesai makan2 kitaorang rancang nak pergi 
Aquaria, KLCC lak sebab kebetulan nak balik tg.malim rasa cam awal lagi. Tapi, otw ke klcc jalan jammed lak ... kitaorang sangkut hampir 1 jam & masa sampai kt klcc Aquaria dah tutup... frust sangat. Aisyah dah super excited bila citer nak tengok shark... tapi, alhamdulilah aisyah tak ngamuk & paham lepas dah citer sebab xleh masuk Aquaria... 
untuk tak mengecewakan aisyah kitaorang pusing2 kt park klcc & tengok air pancut . Aisyah macam biasa yang paling excited sangat smpai melompat2 ... 












Kitaorang tunggu smpai air pancut berhenti & walaupun pada mulanya Aisyah still tak nak balik sebab nak tengok lagi air pancut. oleh kerana jam dah kul 9 terpaksa gerak balik sebab dah malam & nak bertolak balik Tg.Malim lak... Alhamdulilah walaupun dapat beri sedikit kegembiraan untuk anak2, nora tetap bersyukur bila tengok anak2 gembira... In shaa Allah dengan niat yang ikhlas untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga & anak pasti Allah akan sentiasa murahkan rezeki.


pada yang berminat & ingin mencari side income 
secara full time @ part time ini adalah peluang anda.
bisnes yang mudah & senang dengan peluang pendapatan yang tinggi :D

berminat untuk menyertai & ingin 
merasai ganjaran hebatnya..
boleh contact @ emel :-

0179298858
nora
ribena_blueberry@yahoo.com






Wednesday, 13 March 2013

PUDING KOKTAIL KASTARD




Hari nie tukar topik sikit... kita masak2 lak. 
Bila tengok cuaca panas skang, nora terasa nak makan sesuatu yang sejuk & manis. 
Tiba2 teringat puding koktail. Bila google dalam internet jumpa website http://daridapurmina.blogspot.com/2010/05/puding-koktail-kastard.html  & paling best siap ada step2 nak buat. lagi mudah nora nk buat... Puding nie mmg sedap sangat dimakan sbb sejuk & terasa nyaman ditekak bila dimakan. kalau nak buat juadah berbuka, minum petang @ untuk jamuan pun sesuai jugak. Cara2 nak buat senang & bahan2 pun sedap didapati. Jom, kita semak sama2 cara2 nak buat Puding Koktail nie :D


Cara-cara untuk memasak 
Puding Koktail Kastard.




Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1 bungkus tepung kastard, 1/2 bungkus tepung jagung, 2 tin susu cair, 2 tin buah-buahan campuran, 3 biji telur, sesudu garam, gula dan air putih ikut kecairan tepung itu.



Mula-mula sediakan periuk. Masukkan tepung kastard, tepung jagung, gula dan garam.


Kemudian masukkan 1/2 tin susu cair.


Selepas itu, masukkan air putih dan kacau rata.


Kacau rata-rata hingga tepung itu sebati dan tidak berketul-ketul. Jangan ditenggekkan di atas dapur ya.

Kacau dahulu 3 biji telur tadi di mangkuk lain dan kemudian masukkan ke dalam bancuhan adunan tepung itu.

Kacau hingga rata dan jika adunan tepung itu pekat..campur lagi dengan air putih. Sebenarnya Mina tidak menggunakan sebarang sukatan untuk menyukat air kerana Mina hanya menganggarkan saja tahap kecairan dan kepekatan bancuhan itu.


Beginilah rupanya apabila bancuhan adunan itu sudah sebati. Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat. Kemudian, bolehlah ditenggekkan ke atas api dapur dan mulalah mengacau adunan ini tanpa henti. Ingat!!...jangan sampai air peluh terpercik ke dalam adunan kastard ini. 


Kacau lagi hingga adunan menjadi pekat. Api perlu dikuatkan pada tahap pertama dan apabila adunan menjadi likat, tolong perlahankan api dapur dan terus kacau dan kacau.


Haaa...nampak tak tu?. Adunan puding kastard sudah mula memekat merangkap melikat. Api perlu diperlahankan sedikit ya. Kacau hingga adunan ini menjadi meletup-letup macam larva gunung berapi. 



Kacau hingga adunan puding kastard menjadi berkilat seperti gambar di atas.


Nampaknya, adunan puding kastard sudah pun masak. 
Oleh itu, bolehlah dipadamkan api dapur.


Sebaik-baiknya, sebelum menanak adunan puding kastard tadi, pembaca perlulah menyediakan bekas acuan. Sediakan acuan tupperware besar supaya memudahkan kerja-kerja . Pembaca boleh juga menggunakan acuan comel kecil-kecil yang terdapat di pasaran. Tuang adunan puding kastard yang telah masak itu ke dalam acuan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendinginkannya lagi.



Sekarang mari kita belajar cara membuat kuah puding kastard. 
Mula-mula sediakan periuk dan tuang baki 1 tin setengah susu cair tadi.



Kemudian, ambil 1 sudu tepung kastard dan bancuhkan dengan sedikit air putih. Apabila tepung kastard itu sudah sebati dengan air, masukkan ke dalam susu tadi. Fungsi tepung kastard ini ialah untuk menjadikan warna kuah puding kastard ini kekuningan dan pekat sedikit.


Kemudian, masukkan gula pasir dan air. Kuantiti gula dan air mengikut kepekatan dan kemanisan yang anda inginkan ya. Dan yang paling penting sekali ialah kuah puding ini cukup untuk puding kastard yang telah anda tanak sebentar tadi.




Setelah itu, bolehlah tenggekkan periuk kuah itu di atas api dapur dan kacau. Tunggu hingga menggelegak dan rasa tahap kemanisan yang diingini. Apabila sudah berpuashati, bolehlah dipadamkan api dapur. Nyahkan haba dan apabila sudah kurang panas, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mendinginkannya.



Ini pula buah-buahan campuran dan masukkan ke dalam bekas tupperware supaya mudah untuk digunakan apabila hendak menghidang nanti. Buah-buahan campuran ini juga perlulah dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana Puding Koktail Kastard enak dimakan apabila sejuk.



Inilah rupa puding kastard yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. 
Apa macam?. Cun dan gebu tak?



Baiklah, tibalah masanya untuk acara menghidang Puding Koktail Kastard
Puding kastard itu perlu dipotong kecil-kecil terlebih dahulu ya.



Sediakan mangkuk yang sesuai untuk memakan puding dan susun puding kastard ke dalam mangkuk itu dan letakkan buah-buahn campuran bersama airnya sekali.




Kemudian, tuangkan kuah keatas puding kastard itu.



Jeng...jeng..jeng.....Beginilah hasilnya Puding Koktail Kastard 
Mudah kan?. Diharap pembaca sekalian mahu mencuba ya. 

Jom kita makan....
 Rasa kuahnya yang lemak berkrim dan manis itu benar-benar menggoda tekak . 
Sejuk, dingin dan lembut sekali rasa pudingnya itu. Ditambah lagi dengan rasa masam manis buah-buahan campuran yang mengharum sangat menggiurkan. 
Ermmm... enak sangat dimakan tambah2 skang nie cuaca panas... 
jadi, mmg best & nyaman sangat 



Selamat menjamu selera


lots of love

nora