LASAGNA
Bahan-bahan:
200g Lasagna kering (
dimasak & ditoskan )
3 sudu besar Minyak
zaitun
1 biji Bawang Bombay
( dicincang )
2 ulas Bawang putih(
dicincang )
200g Ayam kisar
150g Sosej ayam (
dihiris )
3 sudu besar Pes
tomato
8 kuntum Cendawan
butang segar
2 biji Tomato (
dikisar )
100g Keju Parmesan
100g Keju Mozzarella
2 sudu besar Pasli (
dicincang )
Bahan A:
1 sudu besar Gula
1½ sudu teh Herba
Basil Kering
1 sudu besar Perencah
Pati Ayam
½ sudu teh Sebuk Lada
Hitam
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak zaitun, tumis bawang Bombay
& bawang putih sehingga naik bau.
(2) Tambahkan ayam kisar, kacau-goreng hingga
masak.
(3) Masukkan pes tomato, sosej ayam, cendawan butang
segar & tomato kisar.
(4) Setelah didih, masukkan bahan (A), kacau
sehingga sebati. Padam api dan ketepikan.
(5) Panaskan ketuhar kepada 180oC.
(6) Letakkan lasagna di dasar acuan kek yang
berbentuk segi empat, lepas itu bubuhkan inti ayam kisar, keju parmesan dan
keju mozzarella. Ulangi proses ini sehingga lapisan terakhir, di mana hanya
keju parmesan dan keju mozzarella diperlukan.
(7) Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Angkat
lasagna, taburkan pasli cincang dan hidang panas.
No comments:
Post a Comment