Me is Mine

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

LASAGNA


LASAGNA


LASAGNA.

Bahan-bahan:

200g Lasagna kering ( dimasak & ditoskan )
3 sudu besar Minyak zaitun
1 biji Bawang Bombay ( dicincang )
2 ulas Bawang putih( dicincang )
200g Ayam kisar
150g Sosej ayam ( dihiris )
3 sudu besar Pes tomato
8 kuntum Cendawan butang segar
2 biji Tomato ( dikisar )
100g Keju Parmesan
100g Keju Mozzarella
2 sudu besar Pasli ( dicincang )

Bahan A:

1 sudu besar Gula
1½ sudu teh Herba Basil Kering
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
½ sudu teh Sebuk Lada Hitam

Cara Menyediakan:

(1) Panaskan minyak zaitun, tumis bawang Bombay & bawang putih sehingga naik bau.

(2) Tambahkan ayam kisar, kacau-goreng hingga masak.

(3) Masukkan pes tomato, sosej ayam, cendawan butang segar & tomato kisar.

(4) Setelah didih, masukkan bahan (A), kacau sehingga sebati. Padam api dan ketepikan.

(5) Panaskan ketuhar kepada 180oC.

(6) Letakkan lasagna di dasar acuan kek yang berbentuk segi empat, lepas itu bubuhkan inti ayam kisar, keju parmesan dan keju mozzarella. Ulangi proses ini sehingga lapisan terakhir, di mana hanya keju parmesan dan keju mozzarella diperlukan.

(7) Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Angkat lasagna, taburkan pasli cincang dan hidang panas.


Bahan-bahan:
200g Lasagna kering ( dimasak & ditoskan )
3 sudu besar Minyak zaitun
1 biji Bawang Bombay ( dicincang )
2 ulas Bawang putih( dicincang )
200g Ayam kisar
150g Sosej ayam ( dihiris )
3 sudu besar Pes tomato
8 kuntum Cendawan butang segar
2 biji Tomato ( dikisar )
100g Keju Parmesan
100g Keju Mozzarella
2 sudu besar Pasli ( dicincang )


Bahan A:

1 sudu besar Gula
1½ sudu teh Herba Basil Kering
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
½ sudu teh Sebuk Lada Hitam

Cara Menyediakan:

(1) Panaskan minyak zaitun, tumis bawang Bombay & bawang putih sehingga naik bau.
(2) Tambahkan ayam kisar, kacau-goreng hingga masak.
(3) Masukkan pes tomato, sosej ayam, cendawan butang segar & tomato kisar.
(4) Setelah didih, masukkan bahan (A), kacau sehingga sebati. Padam api dan ketepikan.
(5) Panaskan ketuhar kepada 180oC.
(6) Letakkan lasagna di dasar acuan kek yang berbentuk segi empat, lepas itu bubuhkan inti ayam kisar, keju parmesan dan keju mozzarella. Ulangi proses ini sehingga lapisan terakhir, di mana hanya keju parmesan dan keju mozzarella diperlukan.
(7) Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Angkat lasagna, taburkan pasli cincang dan hidang panas.

Wednesday, 1 May 2013

HOTPOT POTATOES


HOTPOT POTATOES
Oleh:Fiza Syamri
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan2:

-4biji ubi kentang, dibuang kulit dan dihiris nipis2 secara bulat dan direndam dengan air panas dan garam
-daging kisar ramly satu bungkus
-sayur campur yg frozen tuh
-rempah kari daging dlm 3 sudu besar (dibanduh dengan air buat macam pes)
-mix herbs
-bawang merah dalam 3ulas ditumbuk
-garam dan gula
-keju mozarella/parmesan kalau takde jugak guna lah keju chessedale tu je
-parmesan

Cara2
1- tumis bawang merah yg ditumbuk hingga garing,
2-masukkan serbuk kari yang dah dibancuh
3-kemudian masukkan daging kisar
4-biar smpai masak kemudian masukkan sayur, gula dan garam serta mix herbs kacau sebentar
5- kemudian masukkan inti dalam bekas aluminium kalo takde guna loyang biase je
6-jangan masuk terlalu penuh
7-susuh ubi kentang yang dah dipotong tadi di atas inti biar tutup inti dan memenuhi loyang seeloknya susun satu lapisan sahaja
8-kemudian taburkan dengan cheese dan akhir sekali dengan parmesa/mix herbs
9-bakar dlm oven 180 o'c (make sure awal2 panaskan oven dulu ye) selama lebih kurang 50minit/1 jam kalau loyang lebih kecil boleh kurangkan masa memasak sbb nnti terlebih hangus pulak cheese atas tu 
10- siap masak makan dengan sos cili lagi sodap eheee



HOTPOT POTATOES

Bahan2:

-4biji ubi kentang, dibuang kulit dan dihiris nipis2 secara bulat 
dan direndam dengan air panas dan garam
-daging kisar ramly satu bungkus
-sayur campur yg frozen tuh
-rempah kari daging dlm 3 sudu besar 
(dibanduh dengan air buat macam pes)
-mix herbs
-bawang merah dalam 3ulas ditumbuk
-garam dan gula
-keju mozarella/parmesan 
kalau takde jugak guna lah keju chessedale tu je
-parmesan



Cara2

1- tumis bawang merah yg ditumbuk hingga garing,
2-masukkan serbuk kari yang dah dibancuh
3-kemudian masukkan daging kisar
4-biar smpai masak kemudian masukkan sayur, 
gula dan garam serta mix herbs kacau sebentar
5- kemudian masukkan inti dalam bekas aluminium 
kalo takde guna loyang biase je
6-jangan masuk terlalu penuh
7-susuh ubi kentang yang dah dipotong tadi di atas inti biar tutup inti 
dan memenuhi loyang seeloknya susun satu lapisan sahaja
8-kemudian taburkan dengan cheese dan 
akhir sekali dengan parmesa/mix herbs
9-bakar dlm oven 180 o'c (make sure awal2 panaskan oven dulu ye)
 selama lebih kurang 50minit/1 jam kalau loyang lebih kecil boleh 
kurangkan masa memasak sbb nnti terlebih hangus pulak cheese atas tu 
10- siap masak makan dengan sos cili lagi sodap eheee

Monday, 29 April 2013

KEK COKLAT KEJU KUKUS






KEK COKLAT KEJU KUKUS


Bahan-bahan :

Lapisan Coklat :
170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega dibiarkan pada suhu bilik) 
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla


Lapisan Keju : 
250g krim keju (pada suhu bilik)
1 biji telur
60g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
2 sudu makan tepung gandum


Cara membuat :

Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.



Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. 
Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. 
Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. 
Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.


Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. 
Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
Adunan coklat hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. 
Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). 
Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. 
Kukus lagi selama 20 minit. 
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat.
 Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. 
Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.









Wednesday, 24 April 2013

PUDING MILO LAPIS OREO


PUDING MILO LAPIS OREO
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.



PUDING MILO LAPIS OREO
Oleh:Suriani Osman



Bahan-bahan

10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula

1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2




Cara-cara

Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. 
Masukkan gula dan masak hingga larut. 
Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. 
Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. 
Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. 
Potong dan Hidangkan.


Friday, 22 March 2013

KEK COKLAT KARAMEL




JOM KONGSI RESIPI BERSAMA Adria Adriaa

Kek Coklat Karamel
Oleh:Khalijah Hussin

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A: 
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

Selamat mencuba! :)


credict : Buku Resepi



Kek Coklat Karamel

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel



Bahan Puding:
1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.


Bahan kek:


Bahan A: 

1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.


Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.


Bahan C:
3 biji telur - diblend.


Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. 

Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. 
Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. 
Kukus 1jam atau sehingga masak.



Selamat mencuba!


LoTs Of LUv
nora

Wednesday, 13 March 2013

PUDING KOKTAIL KASTARD




Hari nie tukar topik sikit... kita masak2 lak. 
Bila tengok cuaca panas skang, nora terasa nak makan sesuatu yang sejuk & manis. 
Tiba2 teringat puding koktail. Bila google dalam internet jumpa website http://daridapurmina.blogspot.com/2010/05/puding-koktail-kastard.html  & paling best siap ada step2 nak buat. lagi mudah nora nk buat... Puding nie mmg sedap sangat dimakan sbb sejuk & terasa nyaman ditekak bila dimakan. kalau nak buat juadah berbuka, minum petang @ untuk jamuan pun sesuai jugak. Cara2 nak buat senang & bahan2 pun sedap didapati. Jom, kita semak sama2 cara2 nak buat Puding Koktail nie :D


Cara-cara untuk memasak 
Puding Koktail Kastard.




Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1 bungkus tepung kastard, 1/2 bungkus tepung jagung, 2 tin susu cair, 2 tin buah-buahan campuran, 3 biji telur, sesudu garam, gula dan air putih ikut kecairan tepung itu.



Mula-mula sediakan periuk. Masukkan tepung kastard, tepung jagung, gula dan garam.


Kemudian masukkan 1/2 tin susu cair.


Selepas itu, masukkan air putih dan kacau rata.


Kacau rata-rata hingga tepung itu sebati dan tidak berketul-ketul. Jangan ditenggekkan di atas dapur ya.

Kacau dahulu 3 biji telur tadi di mangkuk lain dan kemudian masukkan ke dalam bancuhan adunan tepung itu.

Kacau hingga rata dan jika adunan tepung itu pekat..campur lagi dengan air putih. Sebenarnya Mina tidak menggunakan sebarang sukatan untuk menyukat air kerana Mina hanya menganggarkan saja tahap kecairan dan kepekatan bancuhan itu.


Beginilah rupanya apabila bancuhan adunan itu sudah sebati. Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat. Kemudian, bolehlah ditenggekkan ke atas api dapur dan mulalah mengacau adunan ini tanpa henti. Ingat!!...jangan sampai air peluh terpercik ke dalam adunan kastard ini. 


Kacau lagi hingga adunan menjadi pekat. Api perlu dikuatkan pada tahap pertama dan apabila adunan menjadi likat, tolong perlahankan api dapur dan terus kacau dan kacau.


Haaa...nampak tak tu?. Adunan puding kastard sudah mula memekat merangkap melikat. Api perlu diperlahankan sedikit ya. Kacau hingga adunan ini menjadi meletup-letup macam larva gunung berapi. 



Kacau hingga adunan puding kastard menjadi berkilat seperti gambar di atas.


Nampaknya, adunan puding kastard sudah pun masak. 
Oleh itu, bolehlah dipadamkan api dapur.


Sebaik-baiknya, sebelum menanak adunan puding kastard tadi, pembaca perlulah menyediakan bekas acuan. Sediakan acuan tupperware besar supaya memudahkan kerja-kerja . Pembaca boleh juga menggunakan acuan comel kecil-kecil yang terdapat di pasaran. Tuang adunan puding kastard yang telah masak itu ke dalam acuan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendinginkannya lagi.



Sekarang mari kita belajar cara membuat kuah puding kastard. 
Mula-mula sediakan periuk dan tuang baki 1 tin setengah susu cair tadi.



Kemudian, ambil 1 sudu tepung kastard dan bancuhkan dengan sedikit air putih. Apabila tepung kastard itu sudah sebati dengan air, masukkan ke dalam susu tadi. Fungsi tepung kastard ini ialah untuk menjadikan warna kuah puding kastard ini kekuningan dan pekat sedikit.


Kemudian, masukkan gula pasir dan air. Kuantiti gula dan air mengikut kepekatan dan kemanisan yang anda inginkan ya. Dan yang paling penting sekali ialah kuah puding ini cukup untuk puding kastard yang telah anda tanak sebentar tadi.




Setelah itu, bolehlah tenggekkan periuk kuah itu di atas api dapur dan kacau. Tunggu hingga menggelegak dan rasa tahap kemanisan yang diingini. Apabila sudah berpuashati, bolehlah dipadamkan api dapur. Nyahkan haba dan apabila sudah kurang panas, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mendinginkannya.



Ini pula buah-buahan campuran dan masukkan ke dalam bekas tupperware supaya mudah untuk digunakan apabila hendak menghidang nanti. Buah-buahan campuran ini juga perlulah dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana Puding Koktail Kastard enak dimakan apabila sejuk.



Inilah rupa puding kastard yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. 
Apa macam?. Cun dan gebu tak?



Baiklah, tibalah masanya untuk acara menghidang Puding Koktail Kastard
Puding kastard itu perlu dipotong kecil-kecil terlebih dahulu ya.



Sediakan mangkuk yang sesuai untuk memakan puding dan susun puding kastard ke dalam mangkuk itu dan letakkan buah-buahn campuran bersama airnya sekali.




Kemudian, tuangkan kuah keatas puding kastard itu.



Jeng...jeng..jeng.....Beginilah hasilnya Puding Koktail Kastard 
Mudah kan?. Diharap pembaca sekalian mahu mencuba ya. 

Jom kita makan....
 Rasa kuahnya yang lemak berkrim dan manis itu benar-benar menggoda tekak . 
Sejuk, dingin dan lembut sekali rasa pudingnya itu. Ditambah lagi dengan rasa masam manis buah-buahan campuran yang mengharum sangat menggiurkan. 
Ermmm... enak sangat dimakan tambah2 skang nie cuaca panas... 
jadi, mmg best & nyaman sangat 



Selamat menjamu selera


lots of love

nora