BAHAYA NYA SENGGUGUT !!!!
Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma
yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara
skala 1-10 dan kesan senggugut. Nora pernah melihat kawan yang senggugut teruk
yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya. Berkali-kali dia
bertanya "adakah dia sukar hamil pada kemudian hari?".Nora balas balik
kepadanya," the best answer is to seek a gynae". Kadang-kadang kita nampak ia
simple,"ala, muda lagi. Senggugut ni memang macam ni, esok lusa baiklah" tapi
sebenarnya kekerapan anda kena dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah
petanda kepada masalah yang lain. Nora tidak mahu menakutkan anda tapi itu adalah
benar. Ubat penahan sakit menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh
membantu. Di bawah ini, nora letakkan bahaya senggugut ini kepada wanita. Jadi
jangan ambil kes ini sambil lewa. Ia boleh memudaratkan kepada anda, wahai
wanita.
KENALI
SENGGUGUT
Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.
Senggugut utama
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Senggugut keduaSementara senggugut Senggugut sekondary disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
Risiko senggugut
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.
Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :-
- perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
- perasaan tegang atau resah
- serangan panik
- perubahan perasaan, menangis
- mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
- tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
- sukar menumpu perhatian
- lesu
- kemaruk atau peningkatan nafsu makan
- sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
- perasaan "luar kawalan"
- peningkatan atau penurunan nafsu seksual
- peningkatan rasa bagi intim emosi
- simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.
kaitan
SENGGUGUT & endometriosis ???
Apakah
sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan
luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah
tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini
biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim
dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman
bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
Bagaimana
endometrium terjadi?
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim
di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang
rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing,
kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk
melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan
luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar
Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.
Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh
pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat
beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di
antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang
rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang
kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking
(retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit
endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan
(anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu
endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran
kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada
juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan
wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah
dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi
I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa system
ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang
patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang
terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu,
ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan
hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium
tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur
(ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar
ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk
seperti pasta coklat.
Simptom-simptom
endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan
wanita ialah senggugut ataupun
kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari
sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas
kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi
senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.
Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya
berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke
bahagian pinggang.
Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau
tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak
dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun
haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa
penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan
kerosakkan pada dinding dan otot rahim.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan
persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan
juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini
disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan
usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan
kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit
endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang
mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama
ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun
kemudian.
endometriosis
menyebabkan kemandulan !!!!
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang
berulang-kali
!!!
Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalahperdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
nora 0125052381
No comments:
Post a Comment