Me is Mine

Showing posts with label keputihan. Show all posts
Showing posts with label keputihan. Show all posts

Monday, 28 September 2015

SENGUGUT... BIASA TAPI LUAR BIASA

BAHAYA NYA SENGGUGUT !!!!

Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan kesan senggugut. Nora pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya. Berkali-kali dia bertanya  "adakah dia sukar hamil pada kemudian hari?".Nora balas balik kepadanya," the best answer is to seek a gynae". Kadang-kadang kita nampak ia simple,"ala, muda lagi. Senggugut ni memang macam ni, esok lusa baiklah" tapi sebenarnya kekerapan anda kena dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain. Nora tidak mahu menakutkan anda tapi itu adalah benar. Ubat penahan sakit menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh membantu. Di bawah ini, nora letakkan bahaya senggugut ini kepada wanita. Jadi jangan ambil kes ini sambil lewa. Ia boleh memudaratkan kepada anda, wahai wanita.









KENALI SENGGUGUT

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan  haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.


Senggugut utama
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut keduaSementara senggugut Senggugut sekondary disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko senggugut
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.

Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :-

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot


Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.


kaitan SENGGUGUT & endometriosis ???


PENYAKIT ENDOMETRIOSIS













Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulandan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain



Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


Bagaimana endometrium terjadi?
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.


Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.


Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.


Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.




Simptom-simptom endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim. 

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 





























endometriosis menyebabkan kemandulan !!!!

Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang 
berulang-kali  !!!

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.


Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalahperdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.


ATASI SENGGUGUT SEKARANG !!!!

Pesanan untuk semua wanita
  JANGANLAH PANDANG MUDAH DENGAN  SENGGUGUT !!!! 








Atasi sekarang dengan mengamalkan mengambil 
 MAHARANI dan 
pakai PREMIUM BEAUTIFUL + PAD KESIHATAN BIO SELEZA setiap hari.. 

Inshaa ALLAH, berkat usaha , Senggungut dapat diatasi :)


nora 0125052381

Wednesday, 10 December 2014

BIO SELEZA.... RAHSIA KESIHATAN UNTUK WANITA


Pernah terfikir tak tuala wanita boleh menjadi satu keperluan yang sangat penting yg perlu dititikberatkan bukan sekadar tuala pakai buang??? Bagi nora, bila datang ehemmm just pakai pad yg boleh menampung sepanjang tempoh bendera merah. 

Tak pernah terfikirpun bahan yg digunakan untuk menghasilkan pad yang nora pakai setiap bulan tu, elok ke ada kesan yang tak elok ke. yang penting murah kan dan menjimatkan (sayalah tu!!:P)


Tiada satu standard piawaian yang ditetapkan untuk memilih pad dengan betul.. lagipun kita ni selalu terpengaruh dengan iklan tv..
so should be ok la kot.. 

Pada zaman dulu diorang tak gunakan pad macam yang kita pakai sekarang. nora pun dulu mula dengan gunakan kain batik potong kecik-kecik dan lipat untuk jadikan alas semasa ehemmm.. ada juga yang gunakan tuala 'good morning' dan juga kain lampin baby..ngeee.. So lepas pakai basuh elok-elok dan guna semula.


Pad yang terawal yang nora ingat dan agak popular dulu jenama 'Sanita'. Kalau pergi kedai siap balut dengan suratkhabar.. maluuuuu!!! 

Perubahan zaman dan teknologi yang semakin maju membuatkan tuala wanita pun berevolusi. Macam-macam brand dan jenis tuala wanita yang boleh didapati dipasaran. Ada tampon, pantyliner, siap bersayap bagai dan macam-macam jenis lagi. 


Secara zahirnya kewujudan tuala wanita moden ni sangat la baik sebab memudahkan kehidupan seharian kita sebagai wanita kan. Tapi ada yang kita tak tahu dan kurang ambil tahu tentang tuala wanita. Selalu kita terlepas pandang tentang sejarah kejadian tuala wanita yang kita pakai setiap hari ni.. 

Pernah tak kita periksa dan tilik apa sebenarnya yang digunakan dalam tuala wanita kita. Secara jujur nora sendiripun tak pernah terfikir dan tergerak hati pun untuk nak tengok kandungan tuala wanita yang nora pakai. 

Sampailah satu hari tu berkesempatan mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Syarikat tentang tuala wanita. Punya la terkejut bila kita ketahui apa sebenarnya bahan yang kita letak dibahagian alat sulit kita setiap masa dan kesannya.


Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa (kebanyakkan daripada kertas kitar semula) yang dilunturkan melalui proses dioksin menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. 




Agen peluntur yang kuat dan klorin digunakan untuk menukarkan dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Kalau tengok demo yang ditunjukkan memang tak sangguplah nak pakai dah tuala wanita yang ada dipasaran yang selalu nora pakai.. 

Cuba bayangkan sebahagaian dari kita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun.


Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kita dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bayangkan bahan-bahan (kimia) yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. 

Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita yang tidak mengikut piawaian. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun. 

Perasan tak trend penyakit yang menghinggap kaum hawa ini meningkat berbanding zaman dulu?? Punca yang paling jelas adalah tuala wanita. Zaman dulu wanita pakai kain tanpa bahan kimia atau dengan kata lain secara semula jadi sebagai alas. Berbeza dengan sekarang tuala wanita terdedah dengan bahan kimia dan recycle paper sebagai bahan pelapik asas. 

Apa yang nora cuba kongsikan, kita memerlukan produk yang boleh “recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari.


Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula yang tidak diyakini risiko dijangkiti penyakit adalah tinggi. Atas kesedaran tentang pentingnya tuala wanita yang terbaik untuk wanita, 

Syarikat Hai-O Marketing telah mengeluarkan set tuala wanita 'Bio Seleza' Feminine Pad sebagai pilihan untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. 


Bio Seleza adalah pilihan yang sangat tepat untuk kita mengelakkan risiko penggunaan tuala wanita yang terdedah dengan bahan kimia. Tuala wanita 'Bio Seleza' diperbuat daripada lapisan kapas lembut yang berkualiti tinggi.


TESTIMONI BIO SELEZA










PROMOSI BIO SELEZA



Banyak lagi kebaikan yang boleh didapati dari penggunaan Bio Seleza. Jika berminat untuk mengetahui tentang Bio Seleza dan berminat untuk mendapatkan set Bio Seleza yang pertama anda, 

Jangan segan-segan untuk menghubungi nora tau.. 
InsyaAllah setia membantu :):))) 



 Yours truly, nora 0125052381